Netizen Pelik Lihat Media Indonesia Selalu Buat Perbandingan Dengan Malaysia
thevocket.com
October 10, 2024 - 9:16 AM
Kebiasaannya kita akan melihat berita-berita yang disampaikan oleh media massa tempatan berkaitan pelbagai aspek termasuk di luar negara. Namun, tidak pernah terlintas penggiat media massa tempatan membuat perbandingan dengan negara jiran apabila melaporkan sesuatu perkara.
Bagaimanapun, tular sebuah video di media sosial berhubung penggiat media massa dari Indonesia yang dilihat membincangkan perihal ekonomi dalam masa sama membuat perbandingan dengan negara Malaysia.
Di dalam video itu, pengacara sedang membahaskan tentang pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi global yang cukup besar meskipun negara mereka memiliki jumlah pengguna yang paling besar di rantau ini.
Pengacara menerangkan secara terperinci jumlah pelaburan yang diterima oleh Malaysia dalam membangunkan infrastruktur pusat data yang canggih bernilai berbilion-bilion ringgit.
Sebagai contoh, Oracle kini mengumumkan mereka akan melabur lebih lebih $6.5 bilion (~RM27 bilion) di Malaysia, dengan fokus terhadap perkomputeran awanan dan juga kecerdasan buatan. Selain itu, Microsoft juga mengumumkan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang.
Bukan itu sahaja, pengacara berita itu juga cuba menekankan yang mereka lebih layak untuk mendapatkan pelaburan pembinaan infrastruktur pusat data kerana miliki jumlah pengguna internet yang besar berbanding negara lain di rantau.
Hal ini sekaligus menarik perhatian netizen kerana sudah berulang-kali mereka melihat media massa dari negara jiran selalu membuat perbandingan dalam pelbagai hal dengan Malaysia.
Dalam pada itu, ramai mulai menyatakan tindakan perbandingan tersebut tidak patut dilakukan kerana seolah-olah mendorong ke arah kebencian kepada negara Malaysia.
“Berita-berita di Malaysia sangat jarang buat perbandingan seperti ini. Malah, ungkapan melecehkan negara tertentu itu seolah-olah nak menanam perasaan benci penonton kepada Malaysia,” luah seorang netizen dari Indonesia.
“Kenapa diorang bila cakap mesti Malaysia je, tak de negara lain ke,” soal netizen lain.
“Berita Malaysia tidak pernah begini iaitu membanding-banding negara lain,” kongsi seorang netizen lain.
“Malaysia tak peduli untuk membandingkan apa-apa dengan negara jiran. Kalau pelabur pergi ke negara jiran, kami terima dengna hati yang terbuka, tak pernah dengki sama jiran,” pesan seorang netizen.
“Ni bukti tak perlu negara yang besar untuk tarik pelabur,” komen ringkas seorang netizen lagi.
Netizen turut menasihatkan mereka untuk fokus membangunkan negara masing-masing untuk mencapai negara yang maju dan politik yang stabil tanpa perlu membuat perbandingan sebegini.
Anda mungkin tidak sedar tetapi Malaysia sebenarnya pada hari ini sedang memacu ke arah menjadi hub global teknologi dan sedang diburu oleh pelabur luar dalam membangunkan pelbagai infrastruktur canggih di sini. Hal ini sekaligus memberikan kesan positif kepada negara dalam jangka masa panjang.
Post time 10-10-2024 01:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jika tidak sembang kencang bashing isreal and zionist... Sama sendiri itu juga ber gasak rebut investors zionist... Apa punya tingtong ummah... Rebut saja lah baidu or yandex...
Post time 10-10-2024 01:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sudah jadi 'zikir' bagi konoha apa2 hal kena banding dgn malaysia. Politik depa bermasalah pun kait negara malaysia dlm peta dulia ni hanya ada malaysia dan indon. pernah juga media dorang buat perbandingan dgn singapork tp rakyat depa xmau baca
Pak Cik, kemajuan itu dinilai bukan hanya oleh WANG .. tetapi dengan POLA PIKIR atau NALAR BERPIKIR yang SEHAT dan WARAS ...Sehingga munculnya peradaban atau tamadun Mesopotamia, Mohanjedaro, Greek, Roman , Persia, Arab, China etc etc hingga kemudian munculnya era 'Renaissance" yang menjadi awal era modernisasi yang brerasaskan sains dan ilmu pengetahuan ...
Itulah yang seharusnya ditubuhkan dan dibangun .. bukan dengan dasar WAHAM KEBESARAN yaitu berupa Klaim yang X punya dasar pola atau nalar pikir yang RATIONAL dan WARAS seperti yang anda lakukan selama ini ...
Ingat ...Anda boleh merasa Bangga dan hebat dengan semua klaim-klaim itu ... tetapi apakah klaim itu adalah sebuah Kebenaran atau Kebohongan/Kepalsuan ..... That is your PROBLEM to Prove it to Us... Not our business or our problem ....
Caba anda pikir kembali bagaimana sebuah Bangsa yang mengidap penyakit Waham Kebesaran atau ODGJ dapat berpikir atau bernalar dengan Normal, Waras dan Rational ...
Post time 10-10-2024 02:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tu kat youtube pun ada channel sapa ntah mat indon ni dok compare apa jua perkara dengan kita kat sini. Hari tu tertengok pasal tong gas. Rupanya indon sana ada tong gas kecik 3kg gitu tak silap. Tak macam kita sini tong gas besar.
untuk konoha baguslah mereka buat perbandingan begitu barangkali.. mereka bingung kenapa orang luar kurang memandang negara konoha ini sebagai pusat pelaburan maka perbandingan dibuat untuk cari jawapan. .. diharap mereka sentiasa cari kelemahan dan kesalahan mereka sendiri dimata pelabur luar supaya dapat maju seiring dgn kemajuan negara lain dan janganlah menyalahkan negara-negara jiran, memang tak akan ada jawapanya disitu
Post time 10-10-2024 09:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Skuau replied at 10-10-2024 07:12 AM
Kita udah punya kereta cepat..negara tertangga pasti iri.
kita udah ada IKN...negara tertangga pas ...
Betul la, driver grab iols naik haritu buka bangga cakap kita dengki dia ada IKN skrg. Iols jawab, Putrajaya Malaysia dah 20 tahun,takda maknanya nak dengki. indon tu yg tiru Malaysia. Senyap terus dia
Post time 10-10-2024 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
darkness replied at 10-10-2024 01:41 PM
Sudah jadi 'zikir' bagi konoha apa2 hal kena banding dgn malaysia. Politik depa bermasalah pun kait ...
Konoha ni mmg sensitif dgn Malaysia. Mmg akan sentiasa membuat perbandingan dgn kita dulu, kini dan selamanya lah agaknya.
Konoha kan dari dahulu menentang pembentukan malaysia. Presiden sukarno siap declare konfrontasi Indonesia–Malaysia, kempen ganyang malaysia dan hantar tentera attack Malaysia tahun 1963. Zaman awal malaysia ni bkn sahaja berdepan dgn komunis, tapi PM pertama malaysia tunku abdul rahman tpaksa berdepan dgn tentangan indon.
So x pelik lah, walaupon kita ni serumpun, asal melayu malaysia ramai dr sana, tapi mereka x anggap pon kita ni saudara sesama bangsa. Sedih kannnn
Post time 11-10-2024 06:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nusaraya replied at 9-10-2024 10:19 PM
Pak Cik, kemajuan itu dinilai bukan hanya oleh WANG .. tetapi dengan POLA PIKIR atau NALAR BERPIKIR ...
Ko ini kan... Ada ambil substance ka?... Sekarang FDI indonesia depends dengan new capital di borneo ... Java island high risk sekarang untuk invest...