CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37915|Reply: 26

Anak yatim didera ditemui tanpa pakaian dalam bilik, Jurusolek antara tiga lelaki yang ditangkap

[Copy link]
Post time 8-10-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan




PORT DICKSON – Jurusolek antara tiga lelaki yang ditangkap susulan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam keadaan tanpa pakaian dengan kesan luka pada badan dalam bilik sebuah rumah di Batu 4, di sini baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kesemua suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi pada 3 Oktober lalu di Taman Desa Rusa dan Taman Dataran Segar, Lukut.


“Suspek bekerja sebagai jurusolek dan hasil semakan rekod mendapati kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai kesalahan lampau melibatkan dadah dan jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah.


“Soal siasat awal mendapati punca suspek memukul kanak-kanak itu kerana mangsa degil dan membuang air kecil di merata tempat di dalam rumah.


“Selain itu turut dirampas senjata yang digunakan iaitu rotan bulu ayam dan pemanas air,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Terdahulu, Maslan berkata, pada pukul 1.27 pagi, 3 Oktober lalu, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 67 tahun bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan menangis dan terdapat luka pada tubuh berada di sebuah rumah di Batu 4 di sini.


“Siasatan mendapati kanak-kanak ini anak yatim yang kematian bapa dan ditinggalkan ibu kandung sejak kecil, seterusnya dijaga oleh pengadu di Klang, Selangor sebelum diserahkan kepada bapa angkat pada 2021,” katanya.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu ponen mua ni org puji baik orgnye wpun brmulut puaka.pelik pulokk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian nye budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:11 PM | Show all posts
Astaghfirullah Al-Adzim.
Semoga JKM selamatkan anak kecil ini dan dia akan dapat keluarga angkat yang baik budi pekertinya. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaa.
Apa zalim sangat pukul budak yang takde daya utk melawan

Oku ke autism budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MUA tu PaMa budak tu ke? Dia ambil jadi anak angkat? Lepas tu tak bela sungguh-sungguh sebab budak tu tak seperti anak yang didambakan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 01:34 AM | Show all posts
kesian budak tu.. 6 tahun, trauma seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:26 AM | Show all posts
PULANGKAN: kesian budak tu.. 6 tahun, trauma seumur hidup

laki ke perempuan budak tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:01 AM | Show all posts
Terdahulu, Maslan berkata, pada pukul 1.27 pagi, 3 Oktober lalu, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 67 tahun bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan menangis dan terdapat luka pada tubuh berada di sebuah rumah di Batu 4 di sini.



kita perlukan jiran2 yg alert sebegini
bgs nenek ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
"...kanak-kanak ini anak yatim yang kematian bapa dan ditinggalkan ibu kandung sejak kecil, seterusnya dijaga oleh pengadu di Klang, Selangor sebelum diserahkan kepada bapa angkat pada 2021"

Perjalanan hidup budak ni pun dah tak berapa cantik. Boleh ka nak repair kalau macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 9-10-2024 01:12 AM
MUA tu PaMa budak tu ke? Dia ambil jadi anak angkat? Lepas tu tak bela sungguh-sungguh sebab budak t ...

Sedangkan darah daging sendiri pun ada yang reject apa lagi anak orang lain.

Nak amik anak angkat kaji elok2 background mak bapa budak tu. Look for red flags.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 9-10-2024 08:01 AM
kita perlukan jiran2 yg alert sebegini
bgs nenek ni

Nenek tu juga yang pass budak tu ka ponen tu untuk dibela.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg pepondan n gayah2 dalam lemari ramai yg suka ambik anak angkat kan...harap diorg bela elok2 la...dah diorg yg gatal telo nak ambik anak angkat kan..bukan ada sesapa paksa pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:15 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-10-2024 08:08 AM
Nenek tu juga yang pass budak tu ka ponen tu untuk dibela.

nenek tu nenek bdk tu ke
at least dia x tutup mata
bertindak
despite maybe rasa bersalah sbb lpskn adik tu ke monster


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo bodo begok..
Rasa nak mencarut...

Sedihnyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 08:37 AM | Show all posts
apasal nenek tu tak bela sndiri budak tu? mana keluarga kandung dia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan 6 tahun kencing merata. Klu tak the kid has special needs, mesti tak diajar. Boleh jadi juga dia regressive kalau tertekan eg tiba tak tahu nak cebok
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:02 AM | Show all posts
Nenek tu pun mungkin dah tua, tak larat dah nak jaga.. so bagi kat orang yang nak carik anak angkat. Banyak aje kes yang orang main bagi aje anak angkat sebab tak mampu nak jaga. Diorang pun bukannya tahu yang dibagi tu orang baik ke sewel..
Mungkin masa kecik2 comel semua best la, dah besar sikit, dah start nakal tak tahan ah kot ponen2 tu..

Kan satu waktu dahulu, mcm trending aje founder ponen amik anak angkat, sajat la, si iqbal tu la.. apa la jadik kat anak angkat diorang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:12 AM | Show all posts
kesian budak tu. mesti trauma kena dera. harap2 JKM hantar budak ni pegi kaunseling.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.257184 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list