|
Pelakon, Sherry Ibrahim mengundang perhatian ramai selepas berkongsi kata-kata semangat buat Fattah Amin yang baru sahaja bercerai.
Dalam hantaran itu, Sherry mendoakan semoga Abdul Fattah Amin dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
Dia berharap Fattah diberi ketabahan hati dan dapat menerima takdir yang telah ditentukan. Aktres itu juga memohon Fattah dapat bangkit memulakan hidup yang baru.
"Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi."
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen kepada Sherry Ibrahim. Ada yang bersetuju dan ada yang menyatakan hantaran Sherry ini tidak sesuai pada masanya.
Umum mengetahui sebelum ini Sherry dan Fattah Amin pernah menjadi pasangan kekasih namun percintaan mereka tidak kesampaian dan putus pada 2016.
Sumber - Oh Media
|
|