CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12857|Reply: 18

[Tempatan] Tular lempar kata kesat pada polis, penganggur mengaku tak salah

[Copy link]
Post time 4-10-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Tular lempar kata kesat pada polis, penganggur mengaku tak salah

https://www.freemalaysiatoday.co ... -mengaku-tak-salah/

FMT Reporters
04 Oct 2024, 01:00 PM


Goh Weng Keong dibenar ikat jamin RM9,000 dengan sebutan semula kes pada 14 Nov.

Goh Weng Keong, 25, didakwa mengaibkan kehormatan di hadapan perhentian bas Jalan Thean Teik, Ayer Itam.

PETALING JAYA: Penganggur tular menghamburkan perkataan kesat kepada seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mengaibkan kehormatan, pada 2 Okt.

Tertuduh, Goh Weng Keong, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengaibkan kehormatan Nik Muhammad Faizal Nik Long, 40, berpangkat koperal dengan menyebut perkataan kesat dengan maksud supaya perkataan itu didengar dan mengganggu kesantunan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan perhentian bas Jalan Thean Teik, Ayer Itam, kira-kira 6.45 petang, 2 Okt, lapor Kosmo.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding, Darrshini menawarkan jaminan RM9,000 berserta syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Nov sebutan semula kes.

Terdahulu, tular klip video berdurasi tiga minit memaparkan seorang penunggang motosikal sedang memarahi seorang pegawai trafik dengan menggunakan kata kesat di aplikasi WhatsApp.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 05:47 PM | Show all posts
Bagi maksimum jer. Bior ada akai sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp bila ada org persoalkan polis, polis trus tngkap? Tp bila org ramai persoalkan ganggu tugas staff kkm xpnh jd apa2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:55 PM | Show all posts
Muka skema tapi kurang ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 06:01 PM | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 05:49 PM
Knp bila ada org persoalkan polis, polis trus tngkap? Tp bila org ramai persoalkan ganggu tugas staf ...

Rakam dari tempat kejadian (samada dari sendiri atau kawan), buat laporan polis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 09:49 AM
Knp bila ada org persoalkan polis, polis trus tngkap? Tp bila org ramai persoalkan ganggu tugas staf ...


Ramai2 warga gomen, kebajikan warga KKM paling tak terjaga. Nak naik gred pun susah. Something wrong dengan orang2 besar dok atas KKM tu. Ntah2 meka suma pun kaki buli suka tengok orang lain susah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-10-2024 06:03 PM
Ramai2 warga gomen, kebajikan warga KKM paling tak terjaga. Nak naik gred pun susah. Something wro ...

Bulan 7 haritu doktor aku order amek darah dan kasi ubat melalui jarum. So , aku standby jarum branula utk amek darah dan nk kasi ubat. Pesakit umur 2 bulan dan bapa la tolong pegang. So aku dpt darah je sbb jarum tu x brp msok. So aku kena la cucuk lg sekali utk masok ubat. Aku kena maki kena marah2 sruh pggil mmber cepat utk buat. Pastu dia sispa aku ckp bodoh, sial semua

Last2 aku yg kena jumpa ketua jabatan. Hanat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-10-2024 06:01 PM
Rakam dari tempat kejadian (samada dari sendiri atau kawan), buat laporan polis.

Aku menyanyi bersiul sbb nk msok zon balik lepas dispatch darah pon pesakit persoalkan. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-10-2024 06:01 PM
Rakam dari tempat kejadian (samada dari sendiri atau kawan), buat laporan polis.

Aku menyanyi bersiul sbb nk msok zon balik lepas dispatch darah pon pesakit persoalkan. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 07:05 PM | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 06:24 PM
Aku menyanyi bersiul sbb nk msok zon balik lepas dispatch darah pon pesakit persoalkan. Haha.

Spesis yang banyak komen tu sebenarnya tak memahami nature of work orang lain.

Aku penah duduk melingkar sebulan lebih kat balai tempat orang buat repot.
Macam-macam karenah aku tengok perangai orang.
Jenis yang layak kena lepuk on da spot kat kaunter tu pun ada... tapi abang/kakak polis kat kaunter layan dengan berhemah.
Aku perati level sabar dorang... tabik la.

Dan orang cenggini jugaklah yang dok komplen polis itu ini.
Time susah datang balai buat repot pun, banyak bunyik jugak.

Lenkali, ada masalah sila selesai sendiri... tak payah jumpa polis mintak tolong segala.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 10:14 AM
Bulan 7 haritu doktor aku order amek darah dan kasi ubat melalui jarum. So , aku standby jarum bra ...


Baby aku masa 6 bulan kena cucuk satu badan oleh HO pun aku diam. Mampo nangis2 je tengok baby aku sengsara nangis2. Dia macam aku, susah carik urat. Mujo la lepas cobaan ke 8 ka ke 10 gitu heshe berjaya. Damn you budak. Nasib baik kau doktor pelatih. Aku relakan je la dia prektis atas anak aku. Mudah2an dah sah jawatan nanti, dah reti cari urat ambik darah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 06:14 PM
Bulan 7 haritu doktor aku order amek darah dan kasi ubat melalui jarum. So , aku standby jarum bra ...

awak MA ke..toksik gila doktor duk membodohkan staff kat floor..tak boleh ke sispa dia balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-10-2024 07:20 PM
Baby aku masa 6 bulan kena cucuk satu badan oleh HO pun aku diam. Mampo nangis2 je tengok baby aku ...

ameenkan doa uols untuk doktor pelatih tersebut..pengalaman iols baru2 ni g amek darah untuk buat medical checkup kat private..sakit nakmampos ya doc tu cucuk, bukan doc muda lagi..atleast 30an jugak apo tak reti cucuk lagi..lebih baik nurse PDN, cucuk amek darah smooth je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak muda ni tak sekolah ke? Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Hokkien. Mandarin pun tak reti ke? Tak sekolah la agaknya. Ada hati nak maki orang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:52 PM | Show all posts
caprut replied at 4-10-2024 05:49 PM
Knp bila ada org persoalkan polis, polis trus tngkap? Tp bila org ramai persoalkan ganggu tugas staf ...

ko tk buat report ka?

polis di raja Malaysia - pdrm
kementerian kesihatan Malaysia - kkm

mohon tukar nama kkm jadi kkdrm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu saje nak Pau la tu...elok kena @#$#@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi kesian kat cikgu. Ada sekor warga KKM tu bitter sungguh la dgn cikgu2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:23 PM | Show all posts
tapi yg keje KKM ni memang hati kering pon... hari2 tgk org sakit dah tak rasa apa...

utk tajuk benang ni... nampak tinggi kesabaran polis trafik tu... kalau kene kat aku tu, aku roger team angkut dia masuk lokap ka bilik termenung ka... hahahahah... but pasal tade traffic light tu betul ke? boleh je naik court nnt kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 4-10-2024 11:12 PM
Aku lagi kesian kat cikgu. Ada sekor warga KKM tu bitter sungguh la dgn cikgu2.

Jgn kan aku. Netizen pon dah bitter dgn cikgu. Terpaling penat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046452 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list