CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22265|Reply: 19

[Tempatan] BN umpama pesakit kencing manis tenat diselamatkan PH, kata pemimpin DAP Johor

[Copy link]
Post time 1-10-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
BN umpama pesakit kencing manis tenat diselamatkan PH, kata pemimpin DAP Johor

https://www.freemalaysiatoday.co ... pemimpin-dap-johor/

FMT Reporters
01 Oct 2024, 12:31 PM


Dr Boo Cheng Hau menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed.

Dr Boo Cheng Hau berkata tindakan berani PH dan pentadbiran Anwar Ibrahim kini telah menyelamatkan negara serta BN.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai pakar bedah yang telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat, terbaharu pada PRK Mahkota.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mendakwa pada PRK itu lebih 14,000 daripada 27,995 undi diterima calon BN Syed Hussien Syed Abdullah adalah dari penyokong PH.

Bekas Adun Skudai itu menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkannya dipandang kotor pengundi.

Boo, seorang pengamal perubatan mendakwa salah urus ekonomi dan rasuah semasa pemerintahan Barisan Nasional-Umno telah merosakkan negara.

Menurutnya, keadaan itu boleh diibaratkan pesakit kencing manis tenat memerlukan pembedahan amputasi sebelum keadaan gangren pada jari kaki menjadi lebih mudarat.

“PH di bawah pimpinan Anwar telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja Umno tetapi juga negara daripada kemusnahan.

Oleh itu, BN-Umno bukan sahaja harus menarik balik tuntutannya supaya PH memohon maaf, sebaliknya berterima kasih kepada PH yang umpama seorang pakar bedah berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis tenat, katanya dalam kenyataan.

Pesakit kencing manis tenat iaitu BN-Umno sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.

Semalam, Nur Jazlan menyeru PH memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas segala tohmahan, tuduhan, dan persepsi yang didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkan parti itu dipandang kotor pengundi.

PH dan BN membentuk kerajaan selepas PRU15 bersama beberapa gabungan parti lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada PRU 2022 itu tiada gabungan tunggal mampu membentuk kerajaan.

PH mempunyai 81 kerusi di Dewan Rakyat, memiliki paling banyak daripada 153 kerusi dikawal gabungan kerajaan perpaduan, diikuti BN (30), GPS (23), GRS (6), dan parti kecil serta ahli bebas (13).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tebal btl kulit muka pengerusi Dan presiden umno ni. Mmg sejenis da hilang kemaluan

We ka siong lg jantan aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:48 PM | Show all posts
Wow dah mulai gaduh dari dalam. Mungkinkah ianya titik permulaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cina johor tak nak turun undi kena la bash sepatah dua...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedor diri sungguh ahli2 politik ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:08 PM | Show all posts
Edited by brazilian at 1-10-2024 02:10 PM

It's true that many politicians seem indifferent to the concerns of the public.






                                                                                                                                         Suyu








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-10-2024 03:32 PM

In denial betul sekor tu.dah betul la apek tu ckp..selama ni ph lawan umno bkn sbb nama dia umno tapi sebabpemimpin2 umno sblm ni kuat makan rasuah dgn salah guna kuasa..Najib pun dah selamat ke dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
korang sama2 berkuasa pon atas dasar...'KERNA TERPAKSA'(gabung)  pon...xde sapa pon TEELEBIH BESAR drp yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 04:07 PM | Show all posts
PH pun mengharapkan BN untuk dapat membentuk kerajaan....

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah menang besar pun masih berbunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah padan muka kena sound dengan DAP
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:48 PM | Show all posts
kahkahkah... popcornnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:16 PM | Show all posts
xy_daen replied at 1-10-2024 04:43 PM
Kahkahkah padan muka kena sound dengan DAP

itu hak DAP nak sound, nak komen... bukan bagi kesan apa pun...
Umno ada pendiriannya.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah tu.....klau wak jahit dgn muka x malu tlg selamatkan PH x ada la nuart jd piem....skrg dapig cabar Bend kuar gomen ada beran ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
PH cuma selamatkan wak jerr
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:38 PM | Show all posts
rashiman replied at 1-10-2024 04:07 PM
PH pun mengharapkan BN untuk dapat membentuk kerajaan....

bn ???bn apa?umngok je.PH harapkan borneo bentuk kerajaan .selama ni pun borneo fixed deposit bn..skrg ph pulak.takde beza.tambah2 era bn  makin melingkup ni  jgn perasan.aku harap pru nanti lawan la 3 penjuru mcm biasa.xde kautim2 kerusi.kerajaan perpaduan harus berakhir bila parlimen dibubarkan.aku x sanggup nak undi bn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 05:43 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 1-10-2024 01:54 PM
Tak sedor diri sungguh ahli2 politik ni semua.

bukan semua ahli politik ..tapi bn,umngok.setiap kali bn menang prk akn keluar statement delulu diorg.yg kat nenggiri satu hal..yg mahkota ni siap suruh ph minta maaf dekat umngok,bn...  hallooooo.aku paham kenapa dap johor marah.masa kempen.. sama2 kempen.bila menang membongak mcm celaka...walhalllll
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berantakan plak dah..lama2 cerai lewtew..ideologi x sama mana nk ngam..sampai bila mau fake maa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:59 PM | Show all posts
alesandra replied at 1-10-2024 05:38 PM
bn ???bn apa?umngok je.PH harapkan borneo bentuk kerajaan .selama ni pun borneo fixed deposit bn.. ...

setuju...next PRU, bertanding masing2 seperti dulu.....selepas tu jika tiada yg majority...berpaduanlah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 1-10-2024 05:43 PM
bukan semua ahli politik ..tapi bn,umngok.setiap kali bn menang prk akn keluar statement delulu di ...

"Ahli politik ni" merujuk kepada yang dalam artikel tu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056518 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list