CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7448|Reply: 4

Rindu itu berat – Ibu Allahyarham Zayn Rayyan

[Copy link]
Post time 1-10-2024 01:00 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – “Rindu itu berat. Lebih-lebih lagi rindu pada orang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Al-Fatihah.”


Itu perkongsian ringkas ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Instagramnya, hari ini.


Menerusi hantarannya itu, Ismanira Abdul Manaf, 29, turut berkongsi gambarnya mendukung seorang kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan ketika kecil selain surah al-Fatihah sebagai kapsyen.


Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Ismanira dilihat kembali aktif di akaun Instagramnya dengan memuat naik empat hantaran mengenai fitnah.


Dalam hantaran pertamanya, Ismanira berkongsi tangkap layar artikel mengenai seksaan dan azab Allah terhadap golongan pemfitnah.


Dengan menggunakan tanda pagar #justice4zaynrayyan, Ismanira juga memuat naik beberapa potong doa yang ditujukan buat golongan pemfitnah terhadap dirinya.


Sebelum ini, akaun Ismanira ‘hilang’ apabila wanita itu dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Pada 13 Jun lalu pula, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.


Tertuduh, Zaim dan Ismanira bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.


Pada malam 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai sehari selepas dia dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai.


Laporan bedah siasat yang dikeluarkan mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh ekoran terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.




Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Den ni jd xtau nk tulis apa..ko beljr dr retis ke ngok..cuba kaburi keslhan sendiri dgn menunding jari kpd org lain...(Jika betul ko pelakunya dan hati den berat rs begitu..tahla Allah SWT yg Maha Mengetahui maka den mohon agar Allah SWT jualah tunjukkan sebenar2 kebenaran..amin)

Dan den menyampah tgk ko, laki ko dan keluarga mentua ko... harktuihh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang2 muka pelik kau kejap nangis kejap senyum masa kat hospital.
Terbayang plak berpikep depan mahkamah.. pembunuh ada di luar sana katanya.
Kalau kau salah semoga adalah kifarah terjadi
Walau dunia lepas di sana tak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu hujung2 X jumpa jgk pembunuhnya
Kes Ni sesuai masuk dlm documentary Netflix's Unsolved Mystery
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul diorg ni buat.. hebat la smpai polis xdpt bukti.. pusing2 cite ni.. last2 kena cas psl lain.. tetap xthu pembunuhnya spe.. tp ade jln cerita pembunuhan.. hahahah xthu la sapa pusing sapa skrg ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.260409 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list