CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17199|Reply: 4

[Tempatan] Pergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan perlu ditangani kata PM

[Copy link]
Post time 30-9-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 30-9-2024 02:00 PM

Pergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan perlu ditangani - PM
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - September 30, 2024 @ 10:42am
[email protected]


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap ketika Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan terhadap bantuan kerajaan perlu ditangani sebaik mungkin dan tidak wajar dibiarkan berterusan.

Perdana Menteri berkata, kebergantungan berterusan bukan penyelesaian mutlak khususnya dalam memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.

"Kadang-kadang pelaksanaan dasar itu baik, kita bantu, tapi ia tidak membantu memerdekakan mereka (daripada miskin tegar) dalam ekonomi.

"Bantu sekadar hidup kemudian kekal bergantung kepada penguasa.

"Penguasa juga (berasakan) dari segi faedah politiknya ada, kerana (membiarkan) orang ini hanya akan bergantung dengan kita. Penyelesaian masalah ekonomi ini sepatutnya membebaskan, bukan terus bergantung," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dengan segala bentuk sokongan diberikan dan dana disalur kerajaan, Anwar berkata, tiada alasan untuk negara menyelesaikan masalah miskin tegar dalam tempoh singkat.

Simposium sehari itu mengetengahkan perbincangan mengenai beberapa isu utama seperti konsep dan pendekatan menoktah kemiskinan, keperluan pembiayaan dan keberkesanan tatakelola bagi mencari penyelesaian terbaik yang boleh dipertimbang kerajaan.

Ia membabitkan empat sesi diskusi membariskan tokoh dan pakar daripada sektor kerajaan, swasta, akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil

Dengan segala bentuk sokongan diberi dan dana yang disalur kerajaan, Anwar menegaskan, tiada alasan untuk negara menyelesaikan masalah miskin tegar dalam tempoh singkat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membelanjakan antara RM20 bilion hingga RM22 bilion setahun untuk program dan inisiatif membasmi kemiskinan, namun dana besar yang diagih ada kalanya tidak disalur secara praktikal.

"Saya hadir dalam seminar Khazanah Nasional yang mana salah seorang sarjana memberitahu, kalau dana itu tidak diturunkan melalui agensi, diberikan langsung kepada setiap orang miskin, tidak ada masalah kita selesaikan kemiskinan tegar.

"Sekarang dana RM20 bilion (disalur) kepada semua agensi. Ada kalanya tidak praktikal. Kita perlu memikir semula pendekatan kita. Dananya terlalu banyak. Ada agensi untuk bantu rakyat miskin, 80 peratus digunakan untuk belanja pengurusan, 20 peratus untuk disalur kepada yang paling miskin.

"Ada agensi tumpuannya untuk bantu golongan rentan dan miskin, tapi puluhan dana tiap kali bila ada acara di luar negara dibelanjakan.

"Sebab itu kita keras hari ini kerana ia sudah jadi budaya. Salah tetap salah, dia kena ikut peraturan, ada prosedur," katanya.

Justeru, Anwar mahu dalam seminar dan simposium yang dianjurkan seperti itu, harus disinggung hal-hal sedemikian supaya ia menjadi pengajaran dan budaya baharu kepada semua.

"Itu sebabnya pemantauan harus dilakukan. Saya harap dalam seminar seperti ini hal-hal ini dibicarakan. Kalau tidak setiap kali diminta peruntukan, mana negara mampu beri peruntukan yang lebih.

"Apa yang tidak dibicarakan, peruntukan kepada jabatan dan agensi yang bocor dan tiris. Sebab itu, memerangi rasuah dan penyelewengan itu jangan dipandang remeh," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2024 01:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Dap yg suruh stop ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-9-2024 03:14 PM
tripleid replied at 30-9-2024 02:57 PM


Berila harapan...arini pintah...sok rega minyak turun...mudah mudahan PRK,PRU...tergerak hati dia nak undi kita....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074429 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list