CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21379|Reply: 5

Piala Dunia 2034 : Arab Saudi sedia sambut semua peminat bola sepak termasuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)

[Copy link]
Post time 25-9-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode





Riyadh: Ketua unit bidaan untuk Piala Dunia 2034 Arab Saudi, Hammad Albalawi berkata, negaranya mengalu-alukan semua pelawat, termasuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan usaha mereka untuk menjadi tuan rumah acara membabitkan 48 pasukan itu tidak ada kaitan dengan isu hak asasi manusia.


Badan induk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengehadkan bidaan untuk edisi 2034 kepada Konfederasi Asia dan Oceania kerana Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan berkongsi penganjuran kejohanan 2030.


Tuan rumah edisi 2034 akan diumumkan secara rasmi di Kongres Fifa pada 11 Disember dan bidaan Arab Saudi hampir pasti akan berjaya kerana tiada pesaing lain sebelum tarikh akhir Fifa akhir tahun lalu.


Pada Ogos lalu, Amnesty International menyatakan bahawa Arab Saudi gagal memenuhi keperluan hak asasi manusia yang ditetapkan oleh Fifa dalam bidaan mereka untuk Piala Dunia 2034 dan menyeru tindakan segera untuk meningkatkan perlindungan hak asasi manusia di negara itu.


Ia selepas Amnesty difahamkan bahawa seseorang individu boleh dijatuhi hukuman mati jika terbukti terlibat dalam hubungan seks sejenis di negara itu.


"Anda akan dihormati," kata Albalawi kepada Sky Sports ketika ditanya mengenai pengunjung LGBT ke negaranya.


"Anda akan disambut di Arab Saudi kerana penghormatan dan sambutan ini adalah untuk semua orang dari seluruh dunia."


"Kami menghormati privasi semua tetamu kami. Kami sudah menyaksikan berjuta-juta tetamu datang ke Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Kami sudah menganjurkan lebih daripada seratus acara sukan yang dihadiri oleh lebih dari tiga juta peminat yang menikmati pengalaman mereka," katanya lagi..




Sumber :– Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iols yg minat jantan ni menyampah golongan woke yg lbgtqs yg nak mintak hak samarata
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
"jumpa di sana...di sana...di sana...."-sajat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saudi tak takot ke nanti lobai Malaya pakat boikot world cup
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:57 PM | Show all posts
Kalau kapir yang dijamin neraka pun boleh masuk tak kan lgbtq isle tak tinggal sholat tak boleh datang tengok bola.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Saudi sekarang yang betul I think Athari saja.
MBS memang nak please Masonic elites.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064192 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list