View: 12139|Reply: 3
|
Kebimbangan Mengenai Risiko Keselamatan Negara. Amerika Syarikat Haramkan Perisian, Perkakasan China Pada Kenderaan
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan perkakasan dan perisian dari China serta Russia untuk digunakan pada sebarang kenderaan berikutan kebimbangan mengenai risiko keselamatan negara, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Menurut pihak berkuasa, mereka bimbang teknologi berkenaan digunakan untuk pemanduan autonomi selain menyambung kenderaan kepada rangkaian lain yang membenarkan musuh ‘memanipulasi dari jarak jauh’.
“Setakat ini, terdapat penggunaan minimum perisian buatan China atau Russia dalam kenderaan di seluruh negara,” katanya.
Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo berkata, keputusan itu adalah langkah yang bersasar dan proaktif untuk melindungi negara.
“Kenderaan hari ini mempunyai kamera, mikrofon, sistem kedudukan sejagat (GPS) dan teknologi lain yang boleh disambungkan dengan internet.
“Ia tidak memerlukan imaginasi untuk memahami bagaimana musuh asing mendapat akses kepada maklumat ini dan boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan negara serta privasi rakyat AS,” kata Raimondo.
Cadangan itu yang akan memasuki tempoh ulasan, adalah yang terbaharu diumumkan White House bagi bertujuan untuk mengehadkan kehadiran China dalam rantaian bekalan pembuatan kereta.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, AS meluaskan ‘konsep keselamatan negara’ untuk menyasarkan firma negara itu secara tidak adil. – AGENSI
Sumber :- KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
klu itu keyakinan pihak keselamatan US, x hairan klu ada org berpendapat pesawat Boeing dirampas pun guna konsep sama |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 25-9-2024 03:20 PM
Msia..semua dia pakai dr perkakasan...sampai ke...."cina amoi pon ada..tapi mahal sikit la abang" |
|
|
|
|
|
|
| |
|