View: 27177|Reply: 8
|
Himpunan ' Tangkap Azam Baki': Mahkamah tolak semakan kehakiman Siti Kasim
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak semakan kehakiman aktivis dan peguam, Siti Kasim yang mencabar keabsahan perintah larangan berhubung perhimpunan yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan dua tahun lalu.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menolak permohonan Siti Kassim dan seorang individu, S Raveentheran selepas memutuskan bahawa perintah larangan dikeluarkan majistret pada 20 Januari 2022 yang melarang perhimpunan 'Tangkap Azam Baki' itu, sah di sisi undang-undang.
Wan Ahmad Farid yang membacakan keputusan beliau, berkata hak untuk bergerak bebas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak muktamad, di mana perintah yang dikeluarkan adalah bertujuan bagi mengawal wabak COVID-19 daripada merebak.
"Dalam hal ini, majistret tidak bertindak secara ultra vires (melangkaui undang-undang) ketika mengeluarkan perintah larangan perhimpunan itu, bagi menghalang penularan COVID-19.
"erintah itu juga tidak tercemar dengan tindakan yang tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan, dan ia tidak boleh diubah melalui permohonan semakan kehakiman.
"Oleh itu, ia adalah sah dan ia tidak boleh dipertikaikan di mahkamah," katanya.
Hakim juga memutuskan untuk tidak membuat sebarang perintah berhubung kos kerana ia kes berkenaan membabitkan kepentingan awam.
Siti dan Raveentheran selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya; Timbalan KPD Dang Wangi, Deputi Superintendan Muhammad Faizal Mohd Amir; Ketua Polis Negara; Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia selaku responden.
Pada mulanya, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kedua-dua pemohon itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berkenaan.
Bagaimanapun, pada Mei tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengarahkan ia dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran merit semakan kehakiman.
Dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan, Siti dan Raveentharan menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan atas dakwaan pencabulan hak asasi kebebasan bergerak, bersuara dan hak untuk berhimpun.
Siti turut memohon ganti rugi kerana terpaksa menanggung malu, mengalami tekanan dan menanggung kekejangan kaki yang teruk selepas terpaksa berjalan daripada Lorong Medan Tuanku ke lokasi perhimpunan baharu di Bangsar selepas pihak polis melakukan sekatan di lokasi asal perhimpunan.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lg sorg aku tak suke.. nape tahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Siti Kassim..? Pohon yg ko bergayut selama ni utk bergantung harapan apa yg ko perjuangkan tu...
Dah tinggi diatas awan dahhh...ko nk bergayut pon tak lepas..mana nk layan ko dahh..
Sama la dgn si Ambiga tu...partner politician yg sokong2 ko sblm ni semua tgk je ko terkulat2 perjuangkan ideologi bersih tu zaman sekarang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Move on jer la nek siti oiiii..azam balance dah semurni minyak sri murni.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
puak2 setan ni tak sedar diri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
izwan_izi replied at 25-9-2024 11:02 AM
Kenapa Siti Kassim..? Pohon yg ko bergayut selama ni utk bergantung harapan apa yg ko perjuangkan tu ...
siti kena taq ambiga la...kot2 sesama boleh guling atas jalan atau buat parti politik lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
"...kerana terpaksa menanggung malu, mengalami tekanan dan menanggung kekejangan kaki yang teruk..."
kesian dia sampai kejang kaki
|
|
|
|
|
|
|
| |
|