View: 13730|Reply: 69
|
Aya Amiruddin Dah Lali Dihina Hitam, Gemuk - "Ini Yang Tuhan Beri, Selagi Bernyawa Dan Bernafas, Syukur Sahajalah"
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial dan pelakon Aya Amiruddin berkata dilemparkan kata-kata negatif tidak cantik, berkulit gelap dan bertubuh gempal, perkara itu sudah dilalui olehnya sejak kecil lagi.
Memetik HibGlam, Aya sudah lali dan bagaimanapun enggan mengambil peduli dengan penghinaan tersebut kerana apa yang penting baginya adalah menjaga emosi.
“Semua kecaman dan penghinaan terhadap fizikal saya bukan perkara baharu kerana sudah dilalui sejak kecil lagi. Sewaktu kecil lagi teruk cacian yang saya terima apatah lagi berbadan besar dan berkulit gelap. Lama-kelamaan sudah lali,” katanya.
Sementara itu, Aya berkata dia tidak akan membiarkan kata-kata negatif itu menjejaskan karier seninya dan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.
“Saya ceburi bidang hiburan untuk mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik.
“Jadi, kalau ada yang memilih untuk terus mengecam, lantak dan biarkan sahaja. Asalkan saya selesa dengan diri sendiri,” katanya.
Semenetara itu apabila ditanya mengenai filem Pontianak 200 kilogram (kg) dibintanginya dimana ketengahkan imej hantu berbadan besar, Aya berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan.
“Kalau sudah gemuk, hendak buat macam mana? Terima sahajalah. Ini yang Tuhan beri, selagi bernyawa dan bernafas, syukur sahajalah.
“Lagi satu, filem ini bawa satu perubahan dan menukar pandangan masyarakat bahawa hantu tidak semestinya cantik dan ramping sahaja.
“Bila ambil pelakon kurus, orang bising asyik benda sama tetapi apabila hantu berbadan besar, mereka tetap bercakap juga. Biarkan, malas nak fokus cakap-cakap negatif,” katanya.
Sumber – HibGlam, Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
She is funnie...tapi kat Forum cari x ramai nak comment sebab mungkin she takde aura untuk digossip.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky: She is funnie...tapi kat Forum ...
She's funny tapi kadang2 macam terlebih2 sikit. Dan mungkin acik2 forum x bergosip sebab sheouls mengingatkan acik forum kepada mekna iaitu anak kepada maskit bod gosip "influencer" socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak collab ngan Noreen tu lagi eh....masa diarang berdua...kelakar betollll....sempoiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus mindset dia..
Stay strong.
Susah kalau mindset tak kuat di Malaysia ni.yg majority rakyatnya x berapa nak favor rupa wajah keafrikaan sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang besarkan dia, mak ayah kandung hilang terus.... dan sekarang Mak Ayah Angkat dia dua-dua dah meninggal, dia sorang diri daripada sekolah, tak ada sedara mara & adik beradik sebab mak ayah angkat dia pun takde anak lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik je aku tengok. Pelik la manusia ni. Macam la yang cakap tu lawa sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya cerita.. sebatang kara |
|
|
|
|
|
|
|
Positif betul dia ni.Sama mcm Cik B. Org nk kutuk ke, nk kecam ke tak bagi kudis langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
cuma nak komen pasal citer pontianak 200kg tu je
apasal bt citer mcm tu ye
aku tengok trailer je serius cakap takde selera pun nak pergi tengok kat wayang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat ayahnya Melayu sebab nama Amiruddin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya.. moga dapat kebahagiaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe.la
Dia jadi hantu yang tak terbang pung..
Takde melayang2 je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...
Sedihnya... |
|
|
|
|
|
|
|
I suka aya ni. Lawak dia nampak real and tak dibuat-buat. Dia macam arwah abam, tengok muka pun rasa nak gelak |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka dia ni tapi sejak dia tindik lidah iols rengsa nengok dia bercakap. Sekian terima kasih. Eh jab dia tindik lidah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...
Pakcik makcik pun takde ke? Alahai siannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Stay strong Aya !
Moga rezeki she melimpah ruah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|