CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38545|Reply: 0

[Kedah] Bomba beku cuti pegawai dan anggota susulan banjir dan air pasang besar

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Bomba beku cuti pegawai dan anggota susulan banjir dan air pasang besar


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 17, 2024 @ 5:52pm [email protected]







Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI





JITRA: Cuti hampir 800 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berikutan situasi banjir yang melanda negeri ini selain jangkaan fenomena air pasang besar dalam tempoh dua atau hari berikutnya.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, tindakan itu sebagai salah satu daripada langkah berjaga-jaga diambil pihaknya dalam mendepani apa sebarang situasi melanda negeri ini.

Dalam masa sama, katanya pemantauan sentiasa dilakukan terutamanya terhadap rumah yang terletak berhampiran sungai supaya mangsa yang terbabit dapat dipindahkan ke tempat selamat dengan segera.

"Kita sudah membekukan cuti semua pegawai dan anggota bermula hari ini, esok dan lusa selain daripada itu persiapan kita terarah pada balai bomba yang berdekatan dengan sungai yang besar utama di Kedah ini iaitu Sungai Bata dan Kota Setar.

"Kalau ada rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai kita minta supaya lakukan persiapan awal kalau perlu berpindah, pindahlah sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan akan berlaku fenomena air pasang besar dalam tempoh sehari dua ini," katanya pada sidang media ketika melakukan tinjauan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini, hari ini.

Selain itu, Awang Hidzel berkata, MetMalaysia juga sudah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, berikutan itu pihaknya mengambil langkah bersedia dengan membekukan cuti semua pegawai dan anggota.

"Dalam pada itu, saya menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan sementara hasrat untuk membawa keluarga bercuti atau berkelah di kawasan pantai mahu pun sungai buat masa ini.

"Ketika cuti persekolahan ini, mungkin ramai yang berhasrat untuk membawa keluarga bercuti ke pusat rekreasi air. Namun, mereka menasihatkan supaya langkah itu ditangguhkan seketika kerana kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku," katanya.

Dalam pada itu, semakan di laman web MetMalaysia menunjukkan jangkaan ribut petir di beberapa kawasan akan berterusan hingga Isnin depan.

Ketinggian ombak bermula hari ini hingga Isnin depan dijangkakan antara 1.5 hingga 3.5 meter manakala kelajuan angin antara 30 hingga 40 kilometer sejam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299503/bomba-beku-cuti-pegawai-dan-anggota-susulan-banjir-dan-air-pasang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.465407 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list