CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10852|Reply: 0

[Kedah] 3 kampung terjejas banjir di Kubang Pasu, 53 penduduk berpindah ke PPS

[Copy link]
Post time 17-9-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode
3 kampung terjejas banjir di Kubang Pasu, 53 penduduk berpindah ke PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 17, 2024 @ 9:04am [email protected]







Anggota APM Daerah Kubang Pasu memantau paras air banjir di Mukim Malau, semalam. - Foto ihsan APM





JITRA: Seramai 53 penduduk membabitkan 15 keluarga dari tiga kampung di Mukim Malau, di sini, ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata kampung terbabit ialah Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh.

"Air mulai naik sejak malam tadi sebelum PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dibuka pada jam 9.16 malam.

"Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu sudah bersiap sedia dan masih berada di lapangan untuk membuat pemantauan.

"Selain itu, penduduk yang terjejas akibat banjir dinasihatkan berpindah ke tempat selamat," katanya, di sini, hari ini.

Mohd Adenin berkata, anggota membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS sejak malam tadi.

Beliau sekali gus menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir supaya bersiap sedia untuk berpindah jika kediaman mereka mula dinaiki air.

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat sejak pagi hingga ke petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Keadaan itu menyebabkan laluan di Kilometer 22.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di Jalan Asun-Jitra ditutup kepada kenderaan ringan pada jam 3.55 petang kerana ditenggelami air.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299217/3-kampung-terjejas-banjir-di-kubang-pasu-53-penduduk-berpindah-ke






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080513 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list