CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36339|Reply: 2

Taiwan 'tidak akan tunduk' kepada China - Pegawai tertinggi Taipei

[Copy link]
Post time 13-9-2024 08:37 AM | Show all posts |Read mode





TAIPEI: Ketua badan dasar tertinggi Taiwan menegaskan pulau demokrasi itu tidak akan menyerah dalam menghadapi tekanan yang semakin kuat daripada Beijing yang disifatkan 'semakin agresif'.


Ketua Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan, Chiu Chui-cheng, berkata cubaan Beijing untuk memadamkan kedaulatan Republik China (Taiwan) telah mengancam keamanan dan kestabilan di seluruh rantau itu.


"Tetapi berdepan dengan tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menjadikan keazaman kami untuk menjaga kedaulatan dan sistem demokrasi tidak pernah sekuat ini.


"Mengenai perkara ini, tidak ada ruang untuk berkompromi. Kami tidak pernah tunduk kepada tekanan yang meruncing dan semakin kuat dari China. Taiwan tidak pernah menyerah," katanya.


Beijing dilaporkan meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik ke atas Taipei sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menghantar pesawat pejuang, dron dan kapal tentera laut di sekitar pulau itu hampir setiap hari.


Chui-cheng turut memberi amaran bahawa dasar Presiden China, Xi Jinping terhadap Taiwan 'hanya akan menjadi lebih tegas dan agresif' kerana dia berharap untuk mencapai 'penyatuan nasional' dengan Taiwan.


"Cita-cita ini sudah pasti punca utama risiko di Selat Taiwan," katanya.


China mengekalkan kehadiran tentera di sekitar Taiwan serta Laut China Selatan yang berdekatan, kerana Beijing semakin mendesak menuntut wilayahnya.


Hari ini, Kementerian Pertahanan Taipei, berkata 29 pesawat tentera China, lapan kapal tentera laut dan satu kapal rasmi dikesan dalam tempoh 24 jam lalu yang berakhir pada 6 pagi (waktu tempatan).


Pada bulan Mei, tiga hari selepas Presiden Taiwan, Lai Ching-te mengangkat sumpah jawatan, Beijing menjalankan permainan perang untuk mensimulasikan sekatan ke atas pulau itu.


Ching-te yang dianggap Beijing sebagai 'pemisah berbahaya' menolak dakwaan China terhadap Taiwan, seperti yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini, Tsai Ing-wen.


Beliau berulang kali membuat cadangan untuk memulakan semula dialog dengan Beijing, tetapi tidak berhasil.


Chui-cheng turut menegaskan bahawa Taiwan bersedia untuk berbincang dengan Beijing 'tanpa sebarang prasyarat politik atas dasar saling menghormati, maruah, dan kesaksamaan'.


"Kami berharap pemimpin pihak lain akan mempamerkan kebijaksanaan dan fleksibiliti ke arah masa depan menang-menang bagi kedua-dua belah Selat Taiwan," katanya. - AFP




Sumber  - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 01:08 PM | Show all posts
jangan bagi muka sama china prc
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha baguslah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036579 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list