View: 32400|Reply: 65
|
Bella Astillah Selesa Guna Panggilan “Kau” “Aku” Dengan Rakan Pelakon, Elak Cinta Lokasi di Set Penggambaran
[Copy link]
|
|
Pelakon Bella Astillah, yang terkenal dengan sikap profesional dan integriti dalam dunia seni, menekankan kepentingan menjaga batasan ketika menjalani penggambaran untuk mengelakkan fitnah serta terjebak dengan cinta lokasi.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, percaya bahawa disiplin dan rasa hormat antara pelakon adalah kunci untuk mengekalkan kerjaya yang sihat dan bersih dari sebarang kontroversi.
Bella menjelaskan bahawa dia mengamalkan beberapa langkah penting untuk memastikan tiada ruang bagi salah faham atau fitnah dalam hubungan profesionalnya dengan pelakon lelaki yang digandingkan bersamanya.
“Sebagai permulaan, saya tidak akan menggunakan panggilan mesra dengan aktor yang digandingkan dengan saya. Kami berhubung hanya untuk perkara berkaitan kerja sahaja,” kata Bella
Bella juga menambah, semasa di set penggambaran, dia lebih selesa menggunakan panggilan formal seperti ‘kau’ dan ‘aku’ dengan rakan pelakon untuk mengelakkan sebarang perasaan yang tidak diingini daripada timbul.
“Alhamdulillah, setakat ini, kami tak ada apa-apa masalah sebab saya sudah kenal Ezaidi lama. Kami saling menghormati. Perasaan hormat paling penting bila kita berlakon bersama. Di set, kami kena ada batas terutama antara wanita dan lelaki,” jelas Bella.
Dia turut memuji rakan-rakannya seperti Ezaidi dan Shahidan yang hanya bergurau sesama sendiri dan tidak melibatkan pelakon wanita lain, satu pendekatan yang Bella lihat sebagai contoh yang baik.
“Memandangkan saya dan Ezaidi banyak babak bersama dan luangkan masa lama, lebih baik kami mulakan dengan panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ sahaja sebab bila makin lama jalani penggambaran bersama, ia akan ada ‘bonding’.
“Macam mana kita nak elak supaya tidak timbul perasaan, mulakan dengan panggilan dan apa sahaja keperluan, biar di tempat kerja sahaja,” katanya.
Apabila ditanya sama ada dia bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingannya, Bella dengan yakin menolak kemungkinan tersebut, menyatakan bahawa hubungan di set hanyalah bersifat profesional dan dia sudah menganggap aktor-aktor itu seperti keluarganya sendiri.
“Saya memang takut jika perasaan ‘bonding’ itu melarat-larat sebab kita manusia biasa. Selagi boleh kawal, kita kawal. Nak kata jatuh cinta, mustahil sebab kami sudah seperti keluarga,” tegasnya.
Bella juga mendedahkan bahawa ketika ‘wrap party’ atau majlis penutup penggambaran, mereka biasanya keluar bersama-sama, tetapi hanya dalam kumpulan besar, memastikan tiada sebarang situasi yang boleh menimbulkan salah faham.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Glass_shoes at 12-9-2024 09:51 PM
Habis Muaz tu mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 12-9-2024 11:10 PM
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan @amarakasih Baby boo sardin & Ya Awloh culiklah saya
Aik aritu keluaq kata bella jaga aurat ..jaga tingkah laku katanya xnk bergesel dgn memana jantan nk jd solehah ..dlm mimpi ke hape haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah tu, ko dah penah berskandel cinta lokasi dgn muez masa masih jadi bini org skrg ni ko dgn tak malunya bagitahu langkah2 yg ko ambil utk elak cinta lokasi? Phuiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Cara ckp mcm tak pernah terlibat dgn cinta lokasi, padahal dah berskandel time jadi bini org lagii phuiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tu cite tahun 2022. Berlakon jd wife zamarul hisham. Kadang2 rasa ok dia berlakon. Kadang2 rasa tak best. Tapi mcm sesuailah dgn watak yg lembab dan bodoh2 alang. Dapat suami baran, curang dan abusive.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols rela tengok tekya berlakon dari dia ni. Kayu satu hal, control cantik pula. Masalahnya cantik ke
Iols rengsa bethol. Baik iols tengok upin ipin dari lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Abistu yg gambo red riding hood bagai tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kau kt set. Dlm phone lain la pulak. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar boleh, percaya jangan
Tak de pulak ostad, ostajah, pu or daiei ulas pasal wanita dlm iddah gi buat Umrah
|
|
|
|
|
|
|
|
Psal apa nak kene amik gambar macam tu.... Tang dgn lelaki je cakap dah biasaaaa... Dh mcm keluargaaaaaa.... Tp masa kau bermasalah.. Sorang pun xde yg mcm keluargaaa... Seme yg nak ngambik kesemoatan je yg ada.. Keluarga pun x ngaku keluarga... M |
|
|
|
|
|
|
|
i tak teringin tengok dia belakon... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ig & fb cubalah komen mcm acik2 forum cari kat sini nnti habis kena bambu dgn penyapu oleh acik2 gundu ig & fb |
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 replied at 13-9-2024 04:27 PM
Kat ig & fb cubalah komen mcm acik2 forum cari kat sini nnti habis kena bambu dgn penyapu oleh acik2 ...
siap emoji marah dkat fb ahahhhaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|