CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83420|Reply: 2

[Tempatan] Berita malam seram:Tiga Hari Nafas Berbau, Lelaki Terkejut Lipas 'Tersangkut' Dalam Saluran Pernafasan

[Copy link]
Post time 6-9-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Tiga Hari Nafas Berbau, Lelaki Terkejut Serangga Ini 'Tersangkut' Dalam Saluran Pernafasan
Seorang lelaki di China berdepan detik ngeri apabila seekor serangga tersangkut dalam saluran pernafasannya selama tiga hari, lapor Oddity Central.



Lelaki berusia 58 tahun dari Haikou, wilayah Hainan, mula berasa tidak selesa dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya.

Kejadian tersebut bermula ketika dia sedang tidur, dan merasakan sesuatu bergerak di dalam hidungnya.

Serangga tersebut kemudian memasuki kerongkongnya, menyebabkan lelaki itu batuk secara berpanjangan.

Meskipun begitu, tiada apa-apa yang keluar dari tekaknya. Oleh itu, dia kembali tidur dan cuba mengabaikan keadaan tersebut.

Keesokan harinya, lelaki itu meneruskan aktivitinya seperti biasa, namun mula menyedari bahawa nafasnya berbau.

Setelah tiga hari berlalu, nafasnya masih berbau dan batuknya berlarutan dengan kahak berwarna kuning.

Akibat keadaan yang semakin memburuk, dia akhirnya memutuskan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Oddity Central, lelaki tersebut telah berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Hainan, tetapi doktor tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam saluran pernafasannya.

Namun, pakar perubatan pernafasan, Dr. Lin Ling, mencadangkan untuk melakukan imbasan CT (tomografi berkomputer).

Hasil imbasan menunjukkan bayangan yang menyerupai objek asing
Berdasarkan penemuan tersebut, doktor menyarankan prosedur bronkoskopi invasif minimum, yang melibatkan memasukkan alat khas melalui mulut bagi memeriksa saluran pernafasan.

"Semasa prosedur, saya jelas dapat melihat sesuatu dengan sayap dalam saluran pernafasan.

"Objek itu dilitupi kahak yang banyak. Setelah menyedut kahak di sekelilingnya, objek itu terdedah. Ia adalah seekor lipas," jelas Dr. Lin.

Selepas lipas tersebut berjaya dikeluarkan dari trakea, doktor membersihkan kawasan tersebut beberapa kali untuk menghilangkan kahak yang tersisa.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneh aneh betul
Sepatutnya hari pertama rasa sakit pelik tu, terus jumpa doktor
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.136847 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list