CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36598|Reply: 31

[Tempatan] Merasakan Lebih Berbaloi Jadi Pempengaruh Dari Jadi Akauntan

[Copy link]
Post time 3-9-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pendapatan lebih berbaloi, waktu kerja fleksibel selain tidak perlu bertugas di bawah tekanan menyebabkan semakin ramai sanggup meninggalkan kerjaya stabil dan bertukar angin menjadi personaliti media sosial atau pempengaruh.

Muhammad Afiq Azhar, 31, yang pernah bekerja sebagai akauntan selama enam tahun sebelum memilih kerjaya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial.

"Saya berhenti kerja sebagai akauntan kerana berasakan kerjaya ini bukan diri saya," katanya.

Muhammad Afiq berkata, kerjaya baharu itu memberi ruang buat dirinya untuk menikmati kehidupan seharian yang lebih baik selain membantu menjaga kesihatan mental.

"Sejak tingkatan empat hingga peringkat ijazah sarjana muda, saya memang ambil bidang perakaunan. Apabila mula bekerja dalam bidang sama, ada kalanya saya perlu bekerja daripada pagi hingga malam.

"Kemudian, saya ditugaskan untuk urus akaun dan e-mel luar negara iaitu Amerika Syarikat (AS) selama empat tahun. Disebabkan perbezaan waktu, saya perlu berjaga malam. Sampai satu masa saya berasa sudah tidak boleh teruskan lagi selain beban kerja yang bertambah.

"Sebaik berhenti, saya berasa otak dan fikiran saya lebih bebas. Saya anggap keputusan berhenti kerja adalah tepat. Ditambah pula dengan kerjaya baharu ini, ia cukup menenangkan. Paling penting bagi saya adalah menjaga kesihatan mental," katanya.

Menurutnya, kerjaya baharu itu memberikan kebebasan buat dirinya untuk berkarya dan menonjolkan kreativiti sendiri dalam kandungan video yang dimuat naik di media sosial.

Malah, Muhammad Afiq berkata, kerjaya itu juga memberikan ruang untuknya menjana pendapatan serta dapat meneroka peluang baharu.

"Kandungan video saya lebih pada melancong. Ini kerana, selepas tamat sekolah, saya pernah buat kerja sambilan. Dapat duit, saya guna untuk aktiviti 'jalan-jalan'. Apabila saya dapat fokus sepenuhnya dalam kerjaya ini, saya berasa seronok.

"Bidang ini memberikan saya peluang untuk berkarya dan berkreativiti dengan idea sendiri.

"Dalam soal pendapatan, pada awal pembabitan, agak terasa juga kerana sudah biasa dengan gaji bulanan. Selepas berhenti, pendapatan memang berbeza.

"Apa yang boleh dikatakan, pendapatan untuk kerjaya baharu ini lebih berbaloi, Alhamdulillah," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah. Do whatever it takes to survive.

Sebab kau akauntan, boleh la aku taip dabel stended gini. Cuba kalau ko mat rempit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-9-2024 07:20 PM
Yeah. Do whatever it takes to survive.

Sebab kau akauntan, boleh la aku taip dabel stended gini. Cu ...

hahahah..dia sebut accountant tu pon persepsi dah lain..cuba kalau mat rempit cakap berenti kerja nak jadi influenzah..tak cukup kat porem, fb dengan twitter pon orang kecam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-9-2024 07:20 PM
Yeah. Do whatever it takes to survive.

Sebab kau akauntan, boleh la aku taip dabel stended gini. Cu ...

kelako pulak komen chuols
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sebagai orang berpengalaman menchari workers di opis tenpat akak kerja ni, akak okeh jah dengan anak muda yang melawan arus buat duit cara macam ni sissy. Ala2 macam cuba break the old suppressed system yang di mana employers pandang employees persis sampah dan dikuli-anjingnya sampai tak ada work life balance sissy. Biar padan muka system sampah yang sedia ada ini sissy.

Memang terasa jauh perbedaannya sissy, era influencers ni sissy. Kalau dulu, akak iklankan aja job kosong, dampai berbelas page orang hantar resume sissy. But now, nak sampai 3 page tu pun jenuh weols kena bayar untuk bumpkan balik iklan weols sissy.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Abaikan banyak typo akak tu sissy. Akak rasa macam nak kerat jah jari akak ni sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
iols gi search Afiq Azhar kat TT..Kalu yg buat psl melancong, ada je TT nama Afiq Azhar.. rupa pun mcm mamat ni..Tapi followers baru 2k lebih..i Ingatkan dah ratus2 ribu..biar btol dah dpt pendapatan lumayan smpi sanggup berenti keje..apa2 je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai abang hensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-9-2024 07:50 PM
Abaikan banyak typo akak tu sissy. Akak rasa macam nak kerat jah jari akak ni sissy.

cuba diet kot2 boleh kurus jari tembam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 3-9-2024 08:23 PM
cuba diet kot2 boleh kurus jari tembam tu

Nanti akak diet makan bro-COLI yach sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:21 PM | Show all posts
Waktu muda boleh la cari makan. Perlu ingat setiap tahun akan keluar muka baru dan kau terpaksa compete dengan mereka ini. Bila kau dah 40an, mcm mana kamu nak kekal relevan untuk viewer berumur separuh daripada kau. Pada waktu ikut kamu akan terpaksa buat benda yang kamu tak suka semata-mata untuk view.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-9-2024 08:32 PM
Nanti akak diet makan bro-COLI yach sissy.

Xyah susah² diet sissy.
Jab ozempic ja
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 3-9-2024 09:32 PM
Xyah susah² diet sissy.
Jab ozempic ja

Cadangan yang bernas sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:38 AM | Show all posts
cakap je la ko malas. Takpun mmg jobless, perangai pulak tak semenggah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 4-9-2024 08:38 AM
cakap je la ko malas. Takpun mmg jobless, perangai pulak tak semenggah.

yg ni saya setuju dgn uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 3-9-2024 07:50 PM
iols gi search Afiq Azhar kat TT..Kalu yg buat psl melancong, ada je TT nama Afiq Azhar.. rupa pun m ...

baru 2k je


alahai. belum apa2 dah membongak

mak kpd kwn anak i tiktoker dah ada 150k follower pun takde pulak pendapatan lumayan. Pendptan bertambah je la lepas rumah banglo heshe di convert jadi staycation. Gunakan tiktok utk promo org pegi staycation

nak kata follower dia yg 150k buatkan dia dpt pendapatan lumayan berbekalkan content2 dia????? Lamberttttssss lagiiiii... boleh check tiktok aintupper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 09:16 AM | Show all posts
ultra78 replied at 3-9-2024 09:21 PM
Waktu muda boleh la cari makan. Perlu ingat setiap tahun akan keluar muka baru dan kau terpaksa comp ...

cm setuju dengan pernyataan nih...


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 12:52 PM | Show all posts
aku curious sangat....berapa average pendapatan influencer ni ek?.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:12 PM | Show all posts
lama lama jadi mcm youtube saingan tersangat sengit... you barely survive nak buat konten pun tertekan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:14 PM | Show all posts
Buat keh kerja yang kamu minati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.127948 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list