CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40133|Reply: 5

[Tempatan] 'Maintain' bukan budaya kito.Baru Dua Minggu DibukaTaman Kucing Di Klang Didakwa Abai Kebajikan Haiwan Terbiar, Ada Kucing Yang Mati

[Copy link]
Post time 2-9-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 2-9-2024 11:19 PM

Tular di media sosial baru-baru ini selepas seorang pengguna di laman X berkongsi keadaan yang berlaku di sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor






Dia meluahkan rasa terkejut apabila melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor seolah-olah terbiar meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.

Dalam ciapannya, dia menunjukkan keadaan di sekitar pusat pelindungan tersebut dan mendakwa sehingga ada kucing yang mati di situ.

"Taman Kucing Klang ialah taman perlindungan baharu yang dibina oleh Sime Darby Property dan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang, bertujuan untuk kucing terbiar. Mereka memberitahu "mewujudkan taman ini sekali gus menjadikan ia sebagai tempat selamat dan penuh sayang untuk kucing"

"Tetapi apa yang kita lihat berkata sebaliknya. Ia dibuka secara rasmi pada 18 Ogos 2024 dan tidak sampai 2 minggu, ini yang kami perhatikan di tempat itu pada 31 Ogos 2024," tulisnya.

Menurut sumber, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah taman kucing di Klang, Selangor untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang menyatakan terdapat pengabaian kepada kebajikan haiwan berkenaan.

"Berdasarkan pemerhatian yang kita buat menerusi video tersebut, spesifikasi tempat itu tidak menepati Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan kondusif tempat juga tidak menepati yang sepatutnya.

"Pembukaan tempat perlindungan ini bukan berapa modal dibina tetapi kesediaan dan kesinambungan menyeluruh terhadap pengurusan itu penting," katanya.

Difahamkan, individu berkenaan datang kembali untuk melihat keadaan di pusat itu selepas tular dan mendapati ia bertambah lebih baik daripada sebelum ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
i baru ternampak berita ni kat web, terus masuk sini cari berita ni.

bodo la sape yg buat taman ni tp tak bertanggungjawab. tak blh ke mcm jepun turkeye sana, kucen2 sume bio je merata tapi elok org ramai bg mkn n bela drg.

under sime darby kan, takde peruntukan lgsg ke utk hire staff jaga kucen2 tu?

berlambak kot program neuter. rasa kena rekod sape yg bela kucen kena buat bancian supaya drg tak breed kan sesuka hati, pastu bila kucin dah branak byk buang merata.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang jumpa kucing putih tompok2 oren rasa mau kidnap
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak mampu jaga..lepaskan lah. Biar kucing2 tu hidup secara semula jadi cari makan. Bodohlah sapa kurung kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 11:38 PM | Show all posts
kesian nya.. nk buat tu cari la shelter yg dah sedia ada, minta nasihat pandangan, buat jv ke

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nape i baca ni..
xblh la tgk kucing terbiar ..jd sedih
dua hr lps dk mkn sate ngn kwn..pastu ada kucing kt tmpt parking.i ckp la jgn la kucing dtg kt kita..i kesian..kwn i ckp kalau kesian p bersila mkn ngn kuceng..dia xgurau..dia serius.
kejam bethol ckp gitu..mmg xblh la..terus i boikot..xnak dh keluar ngn he
hrp kuceng kuceng tu semua happy la..kalau i blh bela..i bela ie tp i bela sekoq ni oun yahampun..setiap hari nk mkn ikan rebus fresh campur pumpkin...royal canin ada jgk to xmkn sgt biskut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.505514 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list