|
Seorang wanita mendakwa diganggu oleh pesalah selebriti iaitu Syed, ketika isterinya, Hana Ismail, sedang sarat mengandung anak sulung pada Mei lalu.
Pendedahan ini dibuat melalui aplikasi Threads, di mana wanita tersebut mendedahkan bahawa Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, lebih dikenali sebagai Da’i Syed telah cuba menghubunginya walaupun mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Menurut wanita tersebut, Syed mengajaknya berbual melalui telefon dan Instagram, walaupun dia tahu wanita itu sudah berkahwin dan isterinya sendiri sedang hamil.
Wanita itu juga turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka di DM (direct message) Instagram.
Pada mulanya, wanita tersebut menyangka Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat guaman. Namun, perbualan mereka mula menjadi mencurigakan apabila Syed mengajaknya menemani ke luar negara.
Wanita itu juga meluahkan rasa kasihan terhadap nasib Hana Ismail dan anak mereka yang baru dilahirkan.
Untuk rekod, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan baru-baru ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarifah Fatma Nour, pada 14 Ogos lalu.
Sumber: Oh! Media
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|