CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12150|Reply: 65

Membekap Kawan Perogol, Meminta Agar Mengasihani Isteri Dan Anak!

[Copy link]
Post time 1-9-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Terbaru, di aplikasi X, Da’i Fuad Mokhtar tampil meluahkan responsnya berhubung berita viral ini.

Menurut Da’i Fuad, dia berasa terkelu lidah, serba salah dan menitik air mata sebaik sahaja mendengar berita hukuman yang terpaksa dijalani oleh rakannya itu.

Pada masa yang sama, Da’i Fuad turut bersimpati terhadap mangsa kerana perlu melalui pengalaman yang berat. Ujar Da’i Fuad, tidak mudah untuk seorang wanita meneruskan kehidupan setelah melalui keadaan yang sukar.

    Semoga Allah memberikan kekuatan buatmu untuk menghadapi kehidupan yang berat dan mencabar.

Da’i Fuad turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Da’i Syed kerana perlu menghadapi rintangan hidup yang berat ini.

    Sebagai orang yang beriman kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kita berpegang bahawa takdir baik dan buruk itu semuanya di atas kekuasaan Allah.

    Rayu saya agar cukuplah polemik ke atas Da’i Syed. Jika kita inginkan keadilan maka keadilan telah pun berlaku. Ianya sudah cukup sakit.

    Kasihanilah juga isteri dan anaknya yang harus menghadapi rintangan hidup yang berat ini. Apatah lagi jika mereka perlu hidup tanpa pelindung.

    Keadaan ini adalah ruang untuk kita semua bermuhasabah dan sedar bahawa setiap daripada kita bila-bila masa sahaja akan diuji. Semoga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang berat.

Di akhir ciapan, Da’i Fuad mendoakan isteri dan anak rakannya itu diberi kekuatan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2024 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2024 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2024 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2024 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak dia yang kena baru tau.  Nak bunuh si perogol ni pun tak boleh.  Tunggu keputusan hakim je la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 1-9-2024 02:50 PM

Ko nikah je la dgn Hana tu in case hana tu mintak fasakh dlm masa 10thn tu..br la walk the talk
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 1-9-2024 02:50 PM

Isteri tanpa somi dianggap tiada pelindung?
Anak tanpa bapa dianggap tiada pelindung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-9-2024 03:41 PM
Isteri tanpa somi dianggap tiada pelindung?
Anak tanpa bapa dianggap tiada pelindung?


Wukong masih ada ayah kn?
Hana pun ada lagi ayah kn?
Pelindunglah tu..
Allah pun sebaik2 pelindung
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 03:48 PM | Show all posts
eleh

si puad ni nak jd pengganti syedtan ke

kemain ko bersimpati bagai smpi ke social media
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa set2 asatizah ni semua bekap sbb baik dgn si pengacara tv tu kot
smlm pun sakan ustazah zai berhiba2 mengasihani anak yg baru lahir tu

dah tu? depa ni nak hakim tu buat apa gaknye eh
cringe betul dgn puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau je la pegi ganti tempat dia. Dok dalam 10 thn. Diam je la hanat, xyah meraban pjg2. Dah kwn kau salah, terima je hakikat. Bini dia si Hana tu bukan dia xtau kes syed tu tp dah gatal jgk nak kawin dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia boleh terfikir seorg perogol boleh jd pelindung kpd ank perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
https://vm.tiktok.com/ZS2Adqjtc

untok penunggang penunggang
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas aku nak ambik port kisah2 dai ni. Ko msk jail kena sebat ko punya pasal lah. X mau tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kadangkala diam lagi baik dari berkata²
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 05:31 PM | Show all posts
iols lg kesian dgan anak luar nikah yg di-taboo kan ummah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 1-9-2024 03:46 PM
Wukong masih ada ayah kn?
Hana pun ada lagi ayah kn?
Pelindunglah tu..

Iols pelik komen mamat ni yg kata deme takde pelindung..

Pelik2 org jaman now
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mangsa. Tu org ckp, jgn ttlalu taksub pd seseorg (celebs, influencer etc.) Diorg tu sama je dgn org lain. Diagung2 kan sgt.. Hrp semua ambik pengajaran.

Aku doakan mangsa tabah.. Bila agknya dia blh berenti ambil ubat.. To heal tu bkn sng, dgn trauma nya lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-9-2024 06:17 PM
Iols pelik komen mamat ni yg kata deme takde pelindung..

Pelik2 org jaman now

Kan.. nk kesiyan pun patut kena pd tempatnya.
Fakta pun kena la betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.694530 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list