CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25244|Reply: 5

Hari Kebangsaan: 750 tong sampah, 11 roro disediakan sepanjang Dataran Putrajaya

[Copy link]
Post time 30-8-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menyediakan sebanyak 750 unit tong sisa mudah alih serta 11 unit tong ‘roll on’, ‘roll off’ atau ‘roro’ di sekitar Dataran Putrajaya sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024, Sabtu ini.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Badrulhisyam Fauzi berkata, pihaknya turut menugaskan sebanyak 220 pekerja pembersihan untuk menjaga kebersihan di sekitar tapak acara sepanjang sambutan itu berlangsung.


Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang sampah sembarangan, dan memanfaatkan tong sampah yang disediakan bagi memastikan kawasan acara sentiasa bersih.


“Komitmen Alam Flora adalah untuk menjamin kelancaran sambutan tanpa gangguan kebersihan. Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan kebersihan optimum di tapak acara melibatkan keluasan melebihi 400,000 meter persegi.


“Ia sekali gus mengekalkan suasana selesa dan teratur sepanjang sambutan bersejarah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambah kenyataan itu, Alam Flora memaklumkan bahawa dua unit lori ‘jetter’ telah digunakan untuk melakukan ‘flushing’ di Dataran Putrajaya bagi menyediakan tapak yang bersih dan teratur menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2024.


“Selepas acara perarakan Hari Kebangsaan pula, Alam Flora akan meneruskan usaha pembersihan menyeluruh dari 1 hingga 3 September.


“Seramai 34 orang pekerja pembersihan akan ditugaskan setiap hari sebagai usaha mengembalikan kawasan tersebut kepada keadaan asal,” jelasnya.


Sumber – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 30-8-2024 03:41 PM

220 pekerja pembersihan tu termasuk yg menari berterabur pakai baju oyen sambil pegang batang penyapu ke

Takde maknanyalah semua yg pergi tu akan cari tong sampah utk buang sampah mereka
Ko sedialah tong sampah sorang satu sekali pon, tetap akan ada banyak sampah berteraburan mencemar pandangan dari awal pagi lagi
Kat area parking lagilah berterabur sampah sebab sampah yg dah berkurun dlm kereta pun mereka ambik kesempatan campakkan sekali

Sebab majoriti yg pergi nak tengok sambutan hari kemerdekaan, tapi dalam keadaan minda mereka masih terkongkong
Terkongkong dgn pemahaman bahawa bila mereka pergi ke sesuatu tempat, orang lain yg wajib kena uruskan sampah mereka

Patut kena haramkan penonton & peserta dari bawak makanan. Boleh bawak air je yg diletak dlm tumbler siap baik dari rumah
Pastu semua kena masuk ikut check point & letak anjing pengesan biar dikekahnya sesapa yg cuba nak seludup makanan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok boleh la pegi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semuanya berjalan lancar esok dan tima kasih kepada semua yg terlibat dlam sesi persiapan... jaga kebersihan dan standard kita sebagai rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:16 PM | Show all posts
Tak sabar tunggu acara tahunan sampah bergelimpangan di dataran dan jalan raya ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tandas bergerak ada disediakan tak? Aku klu nak pi memana event, tu no 1 yg aku pikir dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050760 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list