CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28835|Reply: 2

Segerakan pembinaan rumah golongan B40, M40 – PMX

[Copy link]
Post time 29-8-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pembangunan projek perumahan mampu milik di ibu kota disegerakan bagi memenuhi permintaan yang tinggi khususnya bagi golongan B40 dan M40.


Perdana Menteri itu berkata, pembangunan itu juga perlu memenuhi kriteria rakyat seperti kemudahan fasiliti termasuklah aspek keselesaan.


“Kalau lengahkan kelulusan, kos rumah akan jadi lebih tinggi. Syarikat yang buat (pembinaan) tidak akan rugi tetapi dapat untung.


“Kos rasuah, kos bank semua akhirnya akan terbeban kepada pembeli. Kalau macam ini negara tidak akan maju, kalau begini rakyat tidak akan terbela,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa di sini hari ini.


Dalam pada itu, Anwar juga meminta kemajuan setiap projek untuk dibentangkan secara berkala kepada Jabatan Wilayah dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.


Terdaulu, dalam majlis tersebut, sebanyak 800 unit Residensi MADANI akan dibina oleh syarikat pemaju Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) dengan projek berkeluasan 0.99 hektar itu membabitkan pembinaan dua blok berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dijual pada harga RM200,000.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah mula jual harga Murah, real estate agent lak yg dok beli bebanyak.. pastu jual balik harga mahal balik.. betul ke begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbat lagi apartment dan kondo di kl. Jalan makin lama makin sesak sampai berlapis-lapis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.358464 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list