CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22682|Reply: 11

Syamsul Yusof Dah “Ready” Nak Ceraikan Isterinya, Namun Ira Kazar Tak Datang Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 28-8-2024 08:21 AM | Show all posts |Read mode





Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, dan isterinya, Ira Kazar, menjadi tumpuan ramai sekali lagi apabila kedua-duanya tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor, hari ini bagi sebutan kes perceraian mereka.


Peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais, mengesahkan bahawa Ira tidak hadir kerana baru sahaja melantik peguam untuk kes ini.


“Sepatutnya hari ini sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir,” kata Azmi.


Syamsul, yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan Ira, dilaporkan turut tidak hadir ke mahkamah selepas dimaklumkan bahawa Ira tidak dapat hadir.






“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan,” tambah Azmi.


Akibat daripada ketidakhadiran mereka, mahkamah kini terpaksa menetapkan tarikh baharu untuk sebutan kes perceraian tersebut. Menurut Azmi, jika Ira tidak bersetuju dengan perceraian ini, mereka mungkin perlu melalui prosedur Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebelum keputusan akhir dapat dicapai.


Kes perceraian ini mula mendapat perhatian umum sejak Syamsul, atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, membuat keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap Ira pada 16 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.


Menurut peguam yang mewakili Syamsul, pasangan ini sudah tidak lagi mempunyai kesefahaman, yang menjadi sebab utama perceraian tersebut difailkan.


Kisah rumah tangga Syamsul dan Ira sememangnya penuh dengan kontroversi. Mereka berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, dan perkahwinan mereka mencetuskan pelbagai spekulasi serta reaksi dalam kalangan peminat dan media.


Tambahan pula, pada masa yang sama, Syamsul masih berstatus suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana.


Rentetan daripada perkahwinan tersebut, Puteri Sarah akhirnya membuat keputusan untuk memfailkan perceraian dan mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.


Dengan prosiding perceraian antara Syamsul dan Ira yang kini masih tergantung, ramai yang menantikan perkembangan lanjut mengenai kes ini.


Tarikh baharu sebutan kes akan menjadi penentu sama ada perceraian ini dapat diselesaikan dengan segera atau memerlukan prosedur lebih lanjut.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas semua usaha penyondolan akhirnye nak kena cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebutan kes tak wajib dtg pun

Sat lg ada yg nk kaitkan ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.

Hapo dia buat dulu, dia kena balik.
  
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:25 PM | Show all posts
brp byk trid nk bukak...dhla woii....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kesah la dia berdua nak cerai ke tak..cuma i akan kesah kalau curly nak kawen ngan sol ni..harapnya tak la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunakimchi replied at 28-8-2024 07:19 AM
Selepas semua usaha penyondolan akhirnye nak kena cerai.

Aiol doakan tak jadik cerai.

Pehtu tiap hari tiap jam Samdol sengsara layan pangai psiko dan gila bini.

Amiiinnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kurma is real..aritu buat kat ex bini asyik tak dtg je..ni merasa la kena delay dgn bini gelek gerudi..omputih kata what u give u get back
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn la kata ni sume drama dua ekor ni, acah2 nak cerai sbb nak release movie..bukan buleh kira ng samdol ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:44 AM | Show all posts
kesian. dari mula menikah sampai ke bercerai, tak habis2 kontroversi melanda.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:21 PM | Show all posts
Real definision of .. takda penyakit cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang serasi dua2 sbb dua2 dlm keadaan saling terdesak. M x bleh blah, nk sgt lari dr si F, . F dgn x malunya x ingin ditinggalkan. Dua2 being shown to the World. How appropriate to both of them. Itu le, buat lg perangai x semenggah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046592 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list