CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21259|Reply: 9

Kalau Tak Mampu Terima Kritikan Dan Elak Diri Daripada Dibuli, Berhenti Main Media Sosial - Amyra Rosli

[Copy link]
Post time 28-8-2024 08:19 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon terkenal Amyra Rosli, atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkongsi pandangan jujur mengenai cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber, dengan langkah drastik yang disarankannya adalah berhenti menggunakan media sosial.


Dalam dunia yang semakin didominasi oleh platform digital, Amyra melihat pentingnya menjaga kesihatan mental dengan mengawal penggunaan media sosial.


“Kalau rasa diri itu sudah tidak mampu lagi menerima kritikan, berhenti menggunakan media sosial. Ada banyak perkara lagi yang boleh dilakukan,” kata Amyra.


Bagi Amyra, tindakan menjauhkan diri dari media sosial bukanlah satu kelemahan, tetapi satu langkah bijak untuk memelihara kesihatan mental daripada tekanan yang tidak perlu.


Amyra sendiri mengamalkan pendekatan ini apabila berdepan dengan kritikan netizen. Dia memilih untuk tidak melayari media sosial, kerana baginya, tindakan tersebut adalah satu cara efektif untuk mengelakkan perasaan tertekan yang boleh datang daripada komen negatif atau kontroversi dalam talian.


  



Pelakon yang sinonim dengan drama popular Nur ini juga berpendapat bahawa penggunaan media sosial secara berlebihan hanya akan menyebabkan ketidakaktifan dan keletihan mental.


“Kalau 24 jam menggunakan telefon tanpa melakukan kerja lain akan membuatkan saya berasa letih dan otak tidak berfungsi. Pada saya, perkara ini tidak sihat,” jelasnya.


Amyra menegaskan bahawa penting untuk mengetahui tujuan sebenar penggunaan telefon dan media sosial. Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu ketagih dengan platform tersebut kerana ia boleh membawa kepada mudarat.


“Elakkan daripada menjadi ketagih kerana situasi itu akan mendatangkan kemudaratan. Hati-hati dan pandang diri sendiri serta tengok kekuatan diri sendiri. Paling penting, jangan campur urusan orang lain,” tambah Amyra lagi.


Selain itu, Amyra turut menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlalu obses dengan apa yang dikongsikan oleh pengguna media sosial lain, yang kebanyakannya hanya menunjukkan sisi indah kehidupan.


Menurutnya, apa yang dipaparkan di media sosial sering kali tidak mencerminkan realiti sebenar, dan ketaksuban terhadapnya hanya akan membawa lebih banyak tekanan.




Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tutup medsoc tutup tv aman hdup….
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
The less people know about you, the less they will talk about you..gitewww org skrg mmg semua benda nak share kat socmed sampai hilang privacy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka jgk she ni..last cite melayu i tgk mr ehsan ke apa yg she ngn aaron ajis
btw betul apa she ckp tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
betulll
mana2 retis,inpluecer, bini retis, mahupun rkyat jelata marhaen yg xsadar diri tu.kita kutuk kat porem


kihkihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aiol pon kadg tak paham nk ape sbenarnya. henpon tv medsos, zaman skrg, mmg smua org hadap. u sebuk nk spill mcm mcm hal peribadi,lps tu u expect takdak respons ke? sbb terang terang u spill tu sbenarnya u nk respon org lain. so logik je respons ade mcm mcm. terima jelah pastu u serap amik respons yg bguna je. tak suka setengah org punya style , paksa org jd pengampu tak berbayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la tu kak

tapi nak kata awat dia ni mcm lembik je eh bila bercakap..mcm meleweh gitu...tertgk nona haritu adoiii skala nguapan tgk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by karipap_sadin at 29-8-2024 12:16 PM

aah betul lah tu..kang nanti kena buli or critic pedas2 g bunuh diri plak. Tak kuat jgn nak gatal g gaduh2 kt medals. Sbb ada case2 anxiety or bunuh diri iolls klau komen2 kt fb tu nmpak the person mental smacam je iolls biar kan.x payah reply lebih2..maleh la nak get involve in case apa2 jadi. Buang masa je utk org2 mental ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
She cantik, end up dgn AB..xsesuai laa AB ni..patut AB ni dulu dgn jering kan..ntah knp boleh kawin dgn AR
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu..kalau nak hidup tenang jgn main medsos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.050573 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list