View: 31177|Reply: 8
|
[Tempatan]
Memusnah Bom Hingga Parah Tertimbus Tanah
[Copy link]
|
|
KLUANG - Dua anggota polis parah akibat tertimbus tanah semasa menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di sini pada Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Dua anggota dari Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abdul Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.
Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.
Sementara, Muhammad Faruuqi pula mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai kehadiran ambulan ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga panjang umur, cepat sembuh dan dipermudahkn urusam kpd kedua2 mangsa terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-8-2024 01:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
primarikey replied at 28-8-2024 01:13 AM
semoga panjang umur, cepat sembuh dan dipermudahkn urusam kpd kedua2 mangsa terlibat
Aameen.. Sedih baca. Kenapa la pilih kerjaya ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 28-8-2024 05:20 AM
^CUN_GILA~. replied at 28-8-2024 05:05 AM
Aameen.. Sedih baca. Kenapa la pilih kerjaya ni?
Deol ni unit pemusnah bom. Best. Tak heavy macam masuk bahagian jenayah ka narkotik. Siap ada elaun khas.
Dalam kes ni, rasanya something went wrong. Aku nak persoal dua anggota ni ja ka bertugas di hari kejadian? If ya, mana superior deol? Mana boleh kau unit bawahan suka2 kasik musnah bom tanpa pemantauan superior? Ka, deol berdua ni ja malang tak berbau, members lain tak kena? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul bom2 yang digugurkan tidak meletup di malaysia ni. malaysia ni antara lokasi kuat penjajah berperang zaman ww2 dulu nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
bom meletup ke atau kena timbus tanah..teruk sgt kecederaannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya harap cepat sembuh & takde kecacatan kekal |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu cara musnahkan bom ialah dgn cara "letupkan" bom tu...agak2 aku mungkin tanah runtuh bila diaorg nak pasang peledak kat bom lama tu...agak2 je lah |
|
|
|
|
|
|
|
dorang takde SOP ke untuk letupkan ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|