CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 47955|Reply: 62

[Tempatan] EDISI MENJOYAH: Cadangan ganti KL sebagai 'ibu kota' macam Nusantara

[Copy link]
Post time 26-8-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-8-2024 01:50 AM


Secara sinikal, beliau mahu nama KL juga wajar ditukar kepada tanpa `Tanpa Lumpur’ (TL).

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpandangan Kuala Lumpur (KL) wajar dipindahkan ke lokasi baharu yang bukan lembah serta jauh daripada ancaman banjir dan tanah jerlus.


Menurut beliau, langkah memindahkan ibu kota itu juga sudah dilakukan Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan kerana ancaman gempa bumi.


“Tidak lama lagi kita ditinggalkan jauh oleh Indonesia. Mereka ada ibu kota baru Nusantara. Jakarta pindah ke Kalimantan yang jauh dari ancaman gempa bumi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit itu menerusi catatan di laman sosial Facebook hari ini.


Dalam pada itu, Mohd. Puad turut mempersoalkan ketidakhadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa untuk meninjau kawasan bencana tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India.


Menurut beliau, Dr. Zaliha sepatutnya menjadi individu pertama turun ke lokasi kejadian memandangkan Jalan Masjid India adalah lokasi pelancongan, manakala mangsa dalam kes itu juga ialah pelancong.


“Ia bukan sahaja menjejaskan imej KL (Kuala Lumpur) di pesada antarabangsa tetapi ia menjejaskan perniagaan di situ. Patut Menteri Wilayah orang pertama datang,” tulisnya.


Bagaimanapun difahamkan, Dr Zaliha sudah meninjau kawasan terbabit dan telah memberi kenyataan sebelum ini.


Dalam masa sama, Puad turut mempersoalkan langkah penyelesaian yang telah diambil bagi mengatasi masalah itu termasuk kejadian banjir kilat seperti yang berlaku di Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini.


“Kuala Lumpur ibu kota Malaysia. Ia kawasan lembah. Kerap banjir seperti di World Trade Centre (WTC). Apa solution?


“Apakah ada pemeriksaan profesional berkala terhadap struktur tanah dan bangunan?” soalnya.


Memasuki hari ketiga hari ini, seorang wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di kawasan Masjid India di sini pada Jumaat lalu masih gagal ditemui sehingga kini.


Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, operasi pencarian kini ditumpukan di lima ruang kumbahan yang terdapat dalam lingkungan dua kilometer kawasan radius pencarian. – MalaysiaGazette










Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 62 Users voted

Count down: 273 Days21 Hours7 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2024 08:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Taiping,Perak
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 08:40 PM | Show all posts
Bagaimanapun difahamkan, Dr Zaliha sudah meninjau kawasan terbabit dan telah memberi kenyataan sebelum ini.
puad tu bitter sbb kl bukan lagi umngok pegang.manjang je pitnah org
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-8-2024 08:44 PM

"kaka,abang...KL kasi sama kita bangla,rohingya la..u worang semua pindah la"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah KL jadi ibu kota

Kita cari bapa kota pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Serahkan balik title ibukota tu pd bandar Taiping...

Ntah sapa yg hasut resident British utk jadikan Kuala Lumpur tu sebagai ibunegara...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 26-8-2024 08:39 PM
Taiping,Perak

Taiping kerap hujan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindahkan ke Lembah Beringin
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x nk pindah. Ni tanah tumpah darahku. Tanah kelahiranku
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw no wonder najib kalah sbb dikelilingi penasihat cam fuad ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindah dekat cerok tukun la alang2 dah bangang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd mana yg sesuai?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 26-8-2024 08:43 PM
Biarlah KL jadi ibu kota

Kita cari bapa kota pulak

Nenek kota pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-8-2024 09:28 PM
Pindahkan ke Lembah Beringin

Tanam pohon beringin dahannya rendang
Laju laju buaiku laju. Aku nak kawin dengan anak raja.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 26-8-2024 09:04 PM
Serahkan balik title ibukota tu pd bandar Taiping...

Ntah sapa yg hasut resident British utk jadika ...

Pendapat meols British pilih Kuala Lumpur sebagai ibu negara FMS sebab kedudukannya tengah2 dia antara semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.

Kalau dipilih Taiping, kedudukannya tak strategik sebab bahagian utaranya Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Marah penduduk putrajaya tempat diorang sesak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah musibahnye bila ko undi politicians kuda tua  membawang je lah.

KL tu dah tak boleh tampong taburan hujan dek. Pembangunan pesat, infrastructure dah makin uzur! Air hujan tu nak melimpah ke mana kalau penuh dgn hutan konkrit..batu bata? Smart Tunnel pun dah x tertanggung dek! Tu pun x leh hadam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-8-2024 09:27 PM
Taiping kerap hujan.

Best apa,boleh jalan2 dlm hujan sambil berpayung
Kita bikin romantis,bikin paling romantis
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nape nak ikut indon? nak alih ke mana lg mcm byk sgt tempat kat msia ni pun.
stop la buat segala mcm kat kolumpo tu dah padat sgt.
dah la pantang hujan sikit banjir, air pun tatau nak lalu mana dah dgn longkang x reti nak jaga penuh dgn sampah je. pasni melarat2 tempat berlubang plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063220 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list