CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85663|Reply: 0

[Tempatan] Ada orang yang sakit hati bila saya amalkan formula berjumpa orang ramai di kaunter bergerak saya-Rafizi

[Copy link]
Post time 23-8-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ada orang yang sakit hati bila saya berjumpa orang ramai di kaunter bergerak saya.




Sebab sakit hati kononnya sebab masih mencari formula saya sebagai menteri, tiba-tiba saya sibuk berjumpa orang ramai di Pandan.

Formula saya berjumpa orang ramai di kawasan parlimen saya adalah formula lama yang saya telah amalkan sejak sebelum saya jadi ahli parlimen lagi.

Itu hak penduduk Pandan ke atas saya sebagai wakil rakyat Pandan.

Kenapa nak disusahkan penduduk datang ke pejabat untuk mengadu masalah mereka kerana satu dari amanah saya ialah membantu menyelesaikan masalah harian mereka.

Masalah harian penduduk selalunya berkait dengan jabatan kerajaan. Selain dari berurusan terus dengan jabatan kerajaan, orang ramai juga boleh memohon bantuan dari wakil rakyat mereka untuk berurusan bagi pihak mereka.

Formula ini percuma dan boleh diamalkan oleh semua wakil rakyat, terutamanya wakil rakyat pembangkang.

Kepada penyokong pembangkang, jangan sakit hati cari formula saya sebab formula khidmat kepada pengundi melalui kaunter bergerak ini telah dibuktikan berkesan.

Carilah wakil rakyat pembangkang yang hanya muncul di Tiktok dengan isu panas, tetapi tak nampak muka di lapangan untuk menyelesaikan masalah harian rakyat.

Selamat mencari, jangan banyak sakit hati!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.338241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list