View: 50360|Reply: 67
|
[Jenayah]
Imej Imbasan X-Ray Sangat Mengerikan, Memakan Daging Babi Mentah Yang Tak Masak 10 Tahun!
[Copy link]
|
|
Satu imej imbasan x-ray gadis berusia 23 tahun di China sangat mengerikan dan menggelikan. Ianya seleps seluruh bahagian dalam badannya didiami parasit cacing pita.
Cacing pita tersebut menumpang dengan banyak sekali dalam badan wanita itu kerana dia memakan daging babi mentah atau yang tidak dimasak selama 10 tahun.
Menurut laporan media di China, gadis yang dikenali dengan nama Ting Ting dari perkampungan Yubeng, wilayah Deqin di China mengadu sakit kepala dan sakit bahagian kaki serta di bahagian mata pada 2016.....
Kemudian wanita berusia 23 tahun itu dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami cysticercosis, jangkitan yang berlaku apabila seseorang itu memakan telur cacing pita.
Imej mikroskop menunjukkan bahawa bahagian otot, abdomen, mata dan otak Ting Ting semua dijangkiti parasit tersebut.
Abangnya mulai mengetahui punca masalah itu kerana keluarganya merupakan pemakan tegar daging babi mentah ketika mereka menyembelih haiwan itu. Terus masuk ke mulut tanpa dimasak.
Ting Ting mengamalkan tabiat pemakanan ini sejak berusia 10 tahun. Abangnya turut diperiksa, namun dia tidak ada apa apa.
Ting Ting pula agak malang kerana seluruh badannya penuh dengan parasit tersebut. Doktor menyatakan bahawa kesan daripada parasit itu, Ting Ting terdedah kepada risiko kanser otak dan juga beberapa jangkitan lain.
Doktor yang bernama Profesor Meng Qiang dari Jabatan Neurologi di China berkata: “Mata pesakit mula terbeliak, kerana dia mengalami kanser retina, kemudian dia turut menghidapi jangkitan lain serta sawan.
“Cacing parasit ini memberikan impak sangat teruk kepada otak dan mempengaruhi sistem saraf tunjang beliau. Kesan paling biasa adalah epilepsi [sawan], dan pesakit terdedah kepada masalah kecacatan intelektual. Ada sesetengah pesakit boleh mengalami lumpuh, masalah percakapan dan kecacatan deria.
“Jika tidak dirawat dengan cara yang betul, keadaan menjadi lebih buruk apabila parasit ini mati, pesakit akan mengalami reaksi radang serta alergik.
Imej x-ray gadis itu membuatkan netizen rasa sangat terganggu melihat imej tersebut.
Seorang lagi pakar perubatan menyatakan selain daripada daging mentah, parasit seperti ini sangat mudah menjangkiti mereka yang tidak mencuci tangan dengan sabun selepas membuang air besar, kemudian mengendalikan makanan.
Seterusnya, semua orang juga diingatkan agar sentiasa mencuci buah buahan atau sayuran sebelum dimakan. Dan jangan meminum air yang tercemar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sgt menakutkan... TERBUKTI sudah babi itu kotor |
|
|
|
|
|
|
|
Dah makan daging mentah 10 tahun haruslah kena macam tu. Makan daging ikan mentah ada parasit pun ada yang jadi macam tu siap invade otak semua. Banyak juga berita pasal makan daging lembu mentah kena jangkitan tape worm satu badan. Pokoknya jangan makan daging mentah. |
|
|
|
|
|
|
|
koko2 replied at 23-8-2024 02:30 PM
sgt menakutkan... TERBUKTI sudah babi itu kotor
Dia mkn daging mentah, bukan takat daging babi jer bahaya, apa2 daging pun ada parasit...... |
|
|
|
|
|
|
|
tuhan dah larang manusia makan babi...
depa nak makan jugak biaq pi la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau makan ubat cacing berkesan tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg pelik2 aje..dorg ni amalkan raw meat diet ker?
Sian cacing terkepung dlm bdn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kucing dalam rumah korang juga byk cacing dan kutu korang x geli ka |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa kena rendam dlm bath tub sekali dgn ubat cacing 50 liter
hish ngeri badan da kena invade dgn cacing
da jadik zombi
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 23-8-2024 02:50 PM
Kalau makan ubat cacing berkesan tak?
Kena minum paraquat secawan.baru hapus dengan perumahnya sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-8-2024 05:02 PM
Kucing dalam rumah korang juga byk cacing dan kutu korang x geli ka
Sebab tu kena makan ubat cacing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nak makan daging mentah2 pulak
Senang ke nak kunyah |
|
|
|
|
|
|
|
Napa makan mentah2 nak jadi vampire ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan salah dia..dia bukan tahu masa tu dia start dari kecik..mak ayah dia patut kena |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suker makan raw salmon |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan kalau masak atau rendam asid pun cacing tu tak mati...watduyuespek kalau makan mentah...meriah! |
|
|
|
|
|
|
|
Ya tuhan..nasib baik imej xray tu tak bergerak. Bayangkan kalau bergerak2 pitam tengok. Makan daging mentah sedap ke dengan bau hanyir darah lagi, kenyal2 lagi..ya Tuhannnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|