View: 28447|Reply: 18
|
Istiadat perkahwinan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung selama 3 hari bermula 22 Ogos Ini
[Copy link]
|
|
Kuantan: Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar dijadual berlangsung selama tiga hari bermula pada 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat itu bermula dengan Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, di sini manakala istiadat bersanding pula akan diadakan pada hari Ahad iaitu 25 Ogos.
Menurutnya, keesokkannya pula akan diadakan Istiadat Berinai bagi pasangan pengantin berkenaan.
"Istiadat Bersanding akan diadakan Ahad ini dan semua istiadat akan disiarkan melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik KotaSAS," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi berkenaan sepanjang Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah ketika bertitah pada majlis perasmian Masjid Al-Falah di Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini, dan majlis doa selamat sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, semalam, mendoakan istiadat berkenaan berjalan lancar.
"Semoga majlis yang akan diadakan ini berjalan lancar, penuh keberkatan dan diredai Allah SWT serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina ini akan kekal hingga ke jannah," titah baginda.
|
|
|
|
|
|
|
|
FD kat nama pengantin lelaki tu apa maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm tgk gmbr dkt fb npk kurus sikit sheols mesti diet gile2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti designer terulung riri bz skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
kira awl jgk dia kawen kan..lahir thn 2000 |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 22-8-2024 05:33 PM
Sihat2 pengantin diraja
Nak sambung lagi tapi takuttttt |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 22-8-2024 06:55 PM
kira awl jgk dia kawen kan..lahir thn 2000
Depa ni kalau tak kawin awal nak buat apa lagi chuols..
Lain la mcm kita kena keje sampai mamposs |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 22-8-2024 06:30 PM
FD kat nama pengantin lelaki tu apa maksudnya
Fateh din. Nama atok dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
takdak sapa2 post gambaq depa nikah ka....this dah post kat ig dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg X letak pengapit laki eh |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba menahan jari2 ku dari mengomen
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai acik forum tak komen jelik jelik rm4500
Senyum je ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|