CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20430|Reply: 19

[Dunia] Kapal mewah Mike Lynch karam: Empat mayat ditemui

[Copy link]
Post time 22-8-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pasukan penyelamat di pelabuhan Porticello sebelum berlepas ke kawasan kapal mewah karam. - Foto AP

PORTICELLO: Empat mayat ditemui dari bangkai kapal mewah milik isteri taikun teknologi Britain, Mike Lynch, pada Rabu.

Pasukan bomba Itali berkata, mereka sedang meneruskan pencarian dua lagi orang yang masih hilang.

Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.


Pihak berkuasa tempatan enggan memberikan sebarang maklumat berkenaan mayat yang ditemui.
Daily Telegraph Britain melaporkan, dua daripada yang maut ialah Lynch dan anak perempuannya yang berusia 18 tahun
Mayat yang telah dikenal pasti setakat ini ialah jurubank Morgan Stanley, Jonathan Bloomer dan peguam, Chris Morvillo.

Isteri Bloomer, Judy dan isteri Morvillo, Neda, juga hilang apabila kapal yang membawa 22 individu itu dilanda ribut sebelum karam pada awal pagi Isnin lalu.

Lynch, 59, adalah salah seorang usahawan teknologi terkenal di UK dan telah menjemput rakan-rakan untuk menyertainya di atas kapal layar mewah itu untuk meraikan pembebasannya daripada dakwaan penipuan di Amerika Syarikat.

Kapal Bayesian sepanjang 56 meter telah berlabuh di pelabuhan Sicily, Porticello apabila ribut melanda dan saksi berkata ia hilang di bawah ombak dalam beberapa minit.
Keadaan itu jadi persoalan kepada pakar marin tentera laut yang mengatakan kapal sedemikian dianggap telah dilengkapkan ciri keselamatan kelas atas dan sepatutnya mampu menahan cuaca sedemikian.

Mangsa dipercayai terperangkap di dalam kabin yang sukar untuk diakses lantaran penyelam hanya boleh berada di dalam kapal sekitar 8 hingga 10 minit sebelum terpaksa naik semula.
15 orang termasuk isteri Lynch berjaya menyelamatkan diri dari bot sebelum ia terbalik.

Manakala mayat chef kapal itu, Recaldo Thomas, warga Kanada-Antiguan, ditemui berhampiran lokasi kejadian beberapa jam selepas nahas itu.
Selain pasukan penyelam, pengawal pantai telah mengerahkan dron kawalan jauh untuk mengimbas dasar laut dan mengambil gambar serta video dalam air.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal.

Takziah btw.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembetulan, condolences.

Kokesen tak reti takziah2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:22 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-8-2024 09:13 AM
Pembetulan, condolences.

Kokesen tak reti takziah2 ni.

hahaha...sempat ko kan...

aku nak tazkirah,dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali,despite tahu yang derang tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rumahbiru replied at 22-8-2024 01:22 AM
hahaha...sempat ko kan...

aku nak tazkirah,dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali,despite t ...

Ye la dah deol reti rest in peace jah. Macam la peaceful sangat alam barzakh kan.

Helok la tu bagi terus Surah Al Baqarah 156.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:29 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-8-2024 09:25 AM
Ye la dah deol reti rest in peace jah. Macam la peaceful sangat alam barzakh kan.

Helok la  ...

geng2 teori konspirasi taknak jenguk lempar sepatah 2 kata ke?

ironi kan?lepas daripada tuduhan dunia,tup tup ke alam barzakh dianya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
rumahbiru replied at 22-8-2024 01:29 AM
geng2 teori konspirasi taknak jenguk lempar sepatah 2 kata ke?

ironi kan?lepas daripada tuduha ...

Sapo heols ni? Hapa kes dia sampai masuk dalam cerita konspirasi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:30 AM | Show all posts
very fishy incident...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 09:32 AM | Show all posts
menjemput rakan-rakan untuk menyertainya di atas kapal layar mewah itu untuk meraikan pembebasannya daripada dakwaan penipuan di Amerika Syarikat.


yep.... bab2 ni, dorang memang pakar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
habis mati ke keturunan beliau???
tgl bini je la menikmati kekayaan.

usahawan teknologi apa dia ni??? malas plak nak gugel
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:35 AM | Show all posts
Lynch, 59, adalah salah seorang usahawan teknologi terkenal di UK dan telah menjemput rakan-rakan untuk menyertainya di atas kapal layar mewah itu untuk meraikan pembebasannya daripada dakwaan penipuan di Amerika Syarikat.


kompeni HP tersenyum sinis

Tadi baca Mike Lynch punya rakan subahat pulak mati dilanggar keta masa tgh jogging, minggu lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:36 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-8-2024 09:30 AM
Sapo heols ni? Hapa kes dia sampai masuk dalam cerita konspirasi?

bukan la tahap konspirasi yg illuminati tu

https://www.hindustantimes.com/v ... 01724175338879.html


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:38 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-8-2024 09:35 AM
kompeni HP tersenyum sinis

Tadi baca Mike Lynch punya rakan subahat pulak mati dilanggar keta  ...

@chazey , ini ha
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:31 AM | Show all posts
samada karam atau dikaramkan
benda biasa berlaku kat sana
kebetulan lepas bebas dakwaan, celebrate, karam
pakar marin pon dah cakap kapal camtu patutnya safety terbaik
setakat cuaca buruk ape de hal
lainla kalo langgar iceberg mcm titanik
itu pon ntah ye ke x
tapi ntahla
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:51 PM | Show all posts
kematian terancang ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:52 PM | Show all posts
rasa cam mencurigakan mengenai kejadian nih...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 10:01 AM | Show all posts
wow..insurance payout 150 mil....

start at 4:04...


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:14 AM | Show all posts
mcm terancang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:42 AM | Show all posts
kaya tapi banyak musuh pun taguna
ni mesti ada yg dendam tak puas hati keputusan mahkamah
and tak logik crew kapal tak cukup terlatih utk menyelamatkan semua penumpang
fishy betul bau nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa macam ada bau bau ikan je ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.144146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list