CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43425|Reply: 20

[Politik] Fatwa politik Muhyiddin makan diri, 17 ahli pembangkang ikrar sokong Sultan Pahang

[Copy link]
Post time 20-8-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-8-2024 07:27 AM

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN), blok pembangkang yang menyandang 17 daripada 47 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini mengikrarkan taat setia kepada Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ikrar berkenaan, juga kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dizahirkan melalui satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS, memaklumkan ADUN PN Pahang menyokong titah Tengku Mahkota yang mahu siasatan dijalankan berhubung ucapan Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah tuanku," katanya yang juga ADUN Cheka.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu menyusul sehari selepas Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin meminta semua ADUN negeri itu menyatakan pendirian berhubung kenyataan Muhyiddin kerana Sultan Pahang adalah sebahagian daripada dewan perundangan negeri.

Selain itu, tegas Mohd Sharkar, isu itu juga membabitkan 'air muka' dan maruah rakyat Pahang yang sentiasa menjunjung titah baginda sultan yang menjadi payung negeri.

DUN Pahang mengandungi 47 kerusi, termasuk lima ADUN lantikan. Daripada 17 ADUN pembangkang, PAS menyandang 15 kerusi, dua lagi diwakili BERSATU. Baki 20 kerusi lagi, termasuk tiga ADUN lantikan disandang Barisan Nasional (BN) dan 10 yang lain, termasuk dua ADUN lantikan diwakili Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Justeru, baginda mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum).

Dalam reaksi kepada titah Tengku Mahkota Pahang kemudian, Muhyiddin menjelaskan, ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, baru-baru ini, tidak melanggar undang-undang negara, berlandaskan fakta dan tidak bermaksud menghina institusi Raja atau ada kecenderungan menghasut.

"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya," kata Muhyiddin dalam kenyataan menerusi Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis menerima lebih 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang akan dipanggil memberi keterangan.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana mulut badan binasa ke nie..
Terlajak perahu boleh gostan..terlajak mencapup buruk akibatnya..gitew aiol menasehat Abah Pengumuman KWSP 10k..



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tua2 ni pencen je lah reta pun banyak tak habis sampai mati. Rehat.  Nak perjuangkan apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Johor dulu pun tak suka dia jadi MB Johor kan. Tun kata Midin menteri paling kaya..adalah tu..tanah kat Johor pun byk gondol.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:14 AM | Show all posts
Bekas pemimpin UMNO

semuanya dah tua lajak dan dah kaya raya.

apa lagi yg mereka mau.

bebal ke apa atau bodoh terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:24 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 21-8-2024 06:26 AM

Tragik....Ahirnya  akal sehat kalah kepada Sistem feudalistic, racism, apartheid dan politik perkauman yang diwariskan oleh penjajah UK  yang masih terus dikekalkan dan dilanjutkan oleh pemimpin-pemimpin melayu sejak 1957  ketika mereka menerima anugerah hadiah kemerdekaan  dari UK .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2024 07:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:32 AM | Show all posts
sumbat je yiddin ni dalam lokap..

yang penyokong bodoh tu  tak habis abah abah abah..

abag pala otak ko..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 07:33 AM | Show all posts

lagi melingkup la klu azmin dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mat_arof replied at 21-8-2024 07:32 AM
sumbat je yiddin ni dalam lokap..

yang penyokong bodoh tu  tak habis abah abah abah..

Dah la  sembap, gagal total pun ramai penyokong
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketinggalan ketapi pulak aku tak alert Tok Bidin ada buat hal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 20-8-2024 09:39 PM
Sultan Johor dulu pun tak suka dia jadi MB Johor kan. Tun kata Midin menteri paling kaya..adalah tu. ...

Lecturer iols dulu bangsa J, panggey dia jin tanah
Paham² je la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 09:56 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-8-2024 07:49 AM
Ketinggalan ketapi pulak aku tak alert Tok Bidin ada buat hal.

Statement dia kat Nenggiri masa kempen, macam cakap Agong dulu biased/pilih kasih or whatever you call it lah, sebab dia dah cukup jumelah, tapi Agong tak panggil dia, tapi lantik orang lain jadi PM.  Padahal tu semua tak benar, tu Agong dulu murka.  Padahal masa sibuk2 time tu kan ada buat vote of confidence kat Parlimen, majority sokong PMX and also semua orang ingat lagi, Agong panggil dia tuk gabung buat kerajaan perpaduan, dia sombong kan tak nak.  Never katanya. Lepas tu gila talak tak sudah sampai sekarang.  Tak habis2 dgn cukup jumelah dan SD dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 09:59 AM | Show all posts
ahli politik malaysia tiada cara lain selain menyembah sistem monarki...sistem monarki adalah ketetapan pembentukan malaysia...ahli politik dtg dan pergi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:55 AM | Show all posts

nk letak gif diva aa
tp gisau berangkut pc plk karang


gif yg 2x5 tu


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-8-2024 01:56 AM
Statement dia kat Nenggiri masa kempen, macam cakap Agong dulu biased/pilih kasih or whatever you  ...

Tq sister. Kesah tak moved on lagik ropanya. Ololo. Benti je la main politik wak. Lagik tenang hati tu. Kasik detoks diri tu sikit dari kekotoran politik tanahair. Nak bitter2 konon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu iolss ms iolss bersekolah kat kg dl..Tuan Ibrahim Tuan Man ni mmg rapat Gan Sultan Pahang...logik je dia akan protect Sultan Pahang... Dl pun ms dgr2 ceramah dia rs ye dia x penah kutuk sultan pahang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya atok senyum sinis je tgok abahcow skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by immi at 21-8-2024 07:07 PM

Ini lah contoh org politik tua kutuk yg sgt2 tamak dah sihat drpd sakit kanser masih rasa nak kaya, eh kena  nak kaya lagi ni, ada peluang ni naikkan isu kaum agama n raja2, dh dpt micropon apa lagi sampai jd muka x malu rasa org suka dgn ceramah dia. X sedar ORG MELAYU YG BIJAK DH MELUAT LA DGN ISU YG PN BAWAK
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-8-2024 09:56 AM
Statement dia kat Nenggiri masa kempen, macam cakap Agong dulu biased/pilih kasih or whatever you  ...


Kannn kalo dia betul taat Agong,  time tu dia ikut je arahan Agong bergabung, dpt la dia jd PM lg kalo betul jumeloh dia cukop. Kalo xcukop pon jd TPM pon ok apa, nmpkla dia taat n angkat tinggi darjat Raja Melayu di mata rakyat & menfukuhkan lagi perpaduan negara
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067313 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list