CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28558|Reply: 4

[Tempatan] Polis terima 28 laporan terhadap Muhyiddin

[Copy link]
Post time 18-8-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN – Sebanyak 28 laporan diterima polis terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah laporan itu direkodkan pihaknya setakat 17 Ogos.


Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. – MalaysiaGazette


ARTIKEL BERKAITAN : Muhyiddin tak patut heret Al-Sultan Abdullah untuk raih undi; Wan Rosdy


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 08:38 AM | Show all posts
Tengku Mahkota Pahang murka Muhyiddin perlekeh Al-Sultan Abdullah
Diterbitkan:  Aug 19, 2024 8:30 AM



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas tanpa sebarang kompromi ke atas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang didakwa memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sambil menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Bersatu itu, baginda mendakwa Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

“Saya menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Al-Sultan Abdullah.

"Kenyataan Muhyiddin ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri.

"Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang, hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, mengikut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai ketua negara.

Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa perdana menteri haruslah dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.

Namun begitu, titah baginda, Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik perdana menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

"Baginda semasa itu telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

"Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022. Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Anwar sebagai perdana menteri.

"Justeru, saya mahu pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum),” titah baginda.

Tengku Hassanal juga menasihatkan kepada semua ahli politik, selaku pemimpin rakyat, supaya sentiasa berpegang teguh pada Prinsip Rukun Negara dan terus-menerus untuk sentiasa menyatupadukan rakyat.

Ini, titah baginda, agar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya lestari dan rakyatnya bahagia.

Sebelum ini, ucapan Muhyiddin ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu, menjadi tular di media sosial.

Bekas perdana menteri itu didakwa menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berikutan itu Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syafiq Hamzah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, malam tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow ni patut bersara je. Dia mmg x layak n x sesuai jd pemimpin. Even atok pun tak favor dia utk jd PM cuz he knew abahcow can’t do it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2024 10:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043531 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list