CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51166|Reply: 2

[Tempatan] PMX masih tidak mengambil sebarang gaji walaupun gaji penjawat awam kini dinaikkan.Anda suka?

[Copy link]
Post time 18-8-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan masih tidak mengambil sebarang gaji malah potongan gaji sebanyak 20 peratus kepada Jemaah Menteri masih diteruskan walaupun gaji penjawat awam kini dinaikkan.



Beliau berkata, komitmennya untuk tidak mengambil sebarang gaji masih berkuatkuasa sehingga kini.

“Saya umum kenaikan gaji penjawat awam tetapi gaji Jemaah Menteri tidak naik malah masih kekal dipotong 20 peratus.

“Dalam masa yang sama, kerajaan bantu penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka.

“Perdana Menteri pula sampai hari ini, walaupun macam-macam ditohmah tetapi tetap tidak ambil gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Pada Disember 2022, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

Seterusnya pada Januari lalu, Anwar dilaporkan kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalai allowance 100k plus makan tanggung berak cangkung, bill, baju, spender semua boleh claim, stakat waive 24k utk publicity stunt no problem
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 06:22 PM | Show all posts
_blackbird replied at 18-8-2024 12:08 AM
Kalai allowance 100k plus makan tanggung berak cangkung, bill, baju, spender semua boleh claim, stak ...

Tapi kalau dia amik 24k sambil tiap2 Jumaat mana2 pergi bagi sorang RM50 dalam envelope lagi thrill kan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.461204 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list