CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13369|Reply: 0

Pesta pencinta si bulus

[Copy link]
Post time 15-8-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by intan_smsb at 15-8-2024 04:34 PM

PEMILIK turut membawa si bulus masing-masing untuk pertandingan.

Meriah dan berinformasi.
Acara Jom Karnival Kucing Madani yang diadakan pada 10 dan 11 Ogos lalu berjaya menarik ribuan pengunjung.
Karnival selama dua hari itu diadakan di Institut Latihan DBKL (IDB), Cheras, Kuala Lumpur.
Ia dianjurkan bersama oleh Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM), Parlimen Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan SOCIAL Pets.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pameran haiwan kesayangan, pertandingan kucing, pameran haiwan kecil, reptilia dan haiwan eksotik, program kucing angkat, pameran burung kakak tua, jualan produk makanan haiwan dan 'petting' zoo.
Pengunjung cilik yang hadir juga berpeluang bermesra dengan alpaka, arnab, ular sawa albino, menangkap ikan hiasan dan menyertai pertandingan mewarna.

KUCING untuk dijadikan kucing angkat.

Selain itu, ramai pemilik tidak melepaskan peluang membuat pasport kucing dan mendapatkan vaksin percuma untuk si bulus kesayangan mereka.
Lebih menarik, sesi ceramah mengenai penyakit bawaan haiwan dan kepentingan menjaga kebajikan haiwan turut diadakan oleh pegawai Jabatan Veterinar.
Bagi Arina Saad, 48, dia tidak ketinggalan membawa dua kucing kesayangannya untuk mendapatkan vaksin secara percuma yang disediakan di karnival berkenaan.
Selain itu, kata Arina, dia juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan aksesori dan makanan untuk si bulus kesayangan dengan harga lebih murah.

"Apabila mendapat tahu penganjuran karnival ini di kawasan kejiranan, saya sekeluarga teruja tambahan pula ada disediakan vaksin untuk kucing secara percuma.
"Lagi menyeronokkan, ia bukan sekadar karnival untuk pencinta haiwan kerana jualan rahmah barangan keperluan harian turut disediakan kepada pengunjung," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, karnival seumpama itu julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan dan Parlimen Bandar Tun Razak.

NURUL Izzah merasmikan Jom Karnival Kucing Madani di IDB Cheras.

Kata beliau, karnival itu bukan hanya mengumpulkan pencinta kucing, malah masyarakat yang prihatin mengenai haiwan kesayangan.
"Objektif penganjuran karnival ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kebajikan dan penjagaan haiwan yang juga adalah makhluk Allah SWT yang perlu dilindungi.

"Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sendiri prihatin dengan isu kebajikan kucing sehingga wujudnya Rumah Kucing Madani di kawasan Projek Perumahan Rakyat Seri Sabah yang sudah menyelamatkan lebih 100 kucing terbiar.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bermesra dengan alpaka di Jom Karnival Kucing Madani.

"Diharap dengan ilmu yang bermanfaat mengenai haiwan kesayangan ini dapat membantu masyarakat supaya lebih prihatin dan sensitif terhadap haiwan," katanya.
Sementara itu, karnival berkenaan dirasmikan Nurul Izzah Anwar yang mewakili Dr Wan Azizah. -Harian metro.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list