CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52732|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Kibar Jalur Gemilang dengan basikal tua imbau memori awal merdeka

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode


PESERTA konvoi dari Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan (KBTN9) membawa Jalur Gemilang sempena simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Pilah. FOTO Ahmad HSasbi

Kuala Pilah: Umpama mengimbau kembali kenangan pada zaman awal kemerdekaan, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Pilah di sini, menampilkan kelainan dengan konvoi basikal tua.


Dengan busana tradisional dan Jalur Gemilang yang tegak berkibar dibawa peserta, ia menaikkan bulu roma pengunjung pada program yang diadakan di Dataran Kuala Pilah, Melang, di sini, semalam.

Presiden Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan (KBTN9), Amran Yahya berkata, dia dan peserta lain bangga kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran hari penting bagi negara itu.


"Kami memakai pakaian tradisional dan trend pada masa itu bagi menaikkan suasana awal kemerdekaan. Penggunaan basikal tua ini sangat sinonim dengan sejarah kemerdekaan negara kita.


"Malah, ada antara basikal tua sudah digunakan sejak tahun 1940-an, keadaannya masih baik," katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, 10 ahli KBTN9 membuat kayuhan dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan sebagai simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Pilah.


Turut berlangsung Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Kuala Pilah dan Hari Informasi Pertanian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Sembilan, Azrul Hasan dalam ucapannya berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, pihaknya melaksanakan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 yang menelusuri setiap negeri di semenanjung Malaysia.

"Konvoi ini singgah di Negeri Sembilan pada 22 dan 23 Julai lalu di beberapa daerah di sini bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

"Selaras dengan itu, Kementerian Komunikasi mengumumkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang. Inisiatif ini bertepatan untuk menterjemah semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia.


"Kibarkanlah Jalur Gemilang yang cukup sifatnya, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana bendera ialah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 11:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.130020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list