|
Kredit foto : boredpanda
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.
Atlet berusia 21 tahun itu, yang bertanding di hadapan penonton tuan rumah, kelihatan bersedia untuk melepasi 5.70 meter dan mengorak langkah ke arah final, sebelum bencana melanda.
Ketika atlet Perancis itu bersedia untuk melepaskan galahnya, alat kemaluannya sendiri menjatuhkan palang ke lantai, sekali gus menamatkan harapannya untuk memperoleh pingat.
Ammirati sudah melepasi dua ketinggian sebelum bonjolannya membawa penamat pramatang di temasya berprestij itu. Dia akhirnya menduduki tempat ke-12 dengan ketinggian 5.60m dalam Kumpulan A.
Sumber: Stadium Astro |
|