|
PETALING JAYA – Selepas kemenangan pingat gangsa yang diraih pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di dalam sukan Olimpik Paris 2024 semalam, kejayaan itu terus dikekalkan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia hari ini.
Zii Jia berjaya menundukkan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sebentar tadi.
Dalam pada itu, nama Zii Jia terus menggungguli carta ‘trending’ Malaysia pada kedudukan nombor pertama dengan lebih 28,000 ciapan di laman X.
Antara tanda pagar yang mendominasi carta adalah Lee Zii Jia, Badminton, CongratulationsLZJ serta Another Bronze For Malaysia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.
“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya.
Sumber : KOSMO! ONLINE |
|