CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17981|Reply: 1

Dipukul dengan kayu api, dikurung hanya kerana sebatang pen

[Copy link]
Post time 5-8-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Bengaluru: Seorang pelajar Kelas 3 didakwa dipukul dengan kayu api, diseksa dan dikurung dalam bilik selama tiga hari di sebuah ashram (asrama) di Raichur Karnataka dekat sini, kerana didakwa mencuri sebatang pen.

IndiaToday melaporkan, keluarga kanak-kanak itu mendakwa, mangsa Tarun Kumar, yang tinggal di Ashram Ramakrishna lebam teruk dipercayai dipukul penjaga ashram berkenaan, Venugopal, dan pembantunya.

Satu kes sudah didaftarkan terhadap tertuduh.

"Dua budak lelaki dan seorang guru memukul saya. Mereka pukul saya dengan kayu api, dan apabila ia pecah, mereka menggunakan alat lain.
"Mereka juga menyebabkan luka pada badan saya. Selain itu, mereka turut membawa saya ke Yagdir untuk meminta sedekah di stesen kereta api, tetapi saya tidak menerima sebarang wang," kata kanak-kanak itu ketika menceritakan pengalaman pahitnya.

Tarun berkata, dia dipukul hanya kerana sebatang pen.
Kanak-kanak lelaki itu mengalami pelbagai kecederaan, malah matanya bengkak akibat serangan itu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut keluarga mangsa, anaknya tinggal di ashram kerana keadaan kewangan yang menghimpit mereka.
Ketika sedang bermain, seorang rakan sekelasnya menuduhnya mencuri pen dan melaporkan kejadian itu kepada pihak ashram, yang kemudian memukul kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

Kejadian itu terbongkar apabila ibu Tarun melawat Ashram Ramakrishna.
"Anak saya bernama Tarun Kumar. Dia berada di Kelas 3, seorang lagi anak lelaki saya Arun Kumar di Gred 5.
"Mereka berdua tinggal di ashram. Namun, ketika melawat mereka, anak sulung saya, Arun, memaklumkan Tarun diserang menyebabkan mukanya lebam," kata wanita itu.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan anaknya mencuri pen terbabit.
"Dia hanya mengambil sebatang pen yang jatuh dan meletakkannya di tempat lain.
"Seorang rakannya memberikan sebatang pen guru kepada anak saya pada Sabtu kerana dia tidak mempunyai pen.
"Ketika (mereka) mencari pen pada Ahad, guru menemuinya bersama anak saya, dan kejadian ini berlaku," katanya.
Dakwanya, guru berkenaan menyeksa anaknya dengan teruk dengan memukul menggunakan dua tali pinggang, menutup mata dan mengikat tangannya.
"Guru itu juga menyebabkan luka di kaki dan tangan serta memukulnya sehingga tengah malam," dakwa ibunya.
Sementara, seorang aktivis kanak-kanak, Sudarshan berkata, kanak-kanak lelaki itu sudah diselamatkan dan perkara itu turut dibangkitkan dengan berkuasa kerajaan di Kementerian Kebajikan Wanita dan Kanak-kanak.

Sumber: harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak kecik lagi.dah la susah.duduk asrama pon di suruh mengemis.pakej kena pukul lg.jgn esok lusa balik rumah time dh jd mayat
Walaupon kes ni kt luar.tp ai harap org yg pukul budak ni kena tangkap polis+penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.192538 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list