View: 24066|Reply: 81
|
"Tyzo seorang yang baik. Saya Tak Pernah Jumpa Lelaki Yang Tak Boleh Pegang Tangan" - Lydia Rosli
[Copy link]
|
|
Sebelum ini, penyampai radio Tyzo Xander, memberitahu kepada OhBulan! bahawa dia tidak berani untuk bercakap lebih mengenai kisah yang membabitkan dirinya dengan anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli.
Terbaru, OhBulan! berjaya menghubungi Lydia bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya dalam satu sesi temu bual bersama pihak media, baru-baru ini.
Menurut Lydia, perasaan suka terhadap Tyzo itu timbul pada tahun lepas selepas mereka mengenali antara satu sama lain hampir dua tahun yang lalu.
"Apa yang saya cakap masa temu bual itu sebenarnya perasaan pada tahun lepas. Sekarang ini kami kawan sahaja. Dulu saya panggil dia sayang, ucap selamat pagi sayang. Sekarang kami sebagai kawan. Saya tak harap apa-apa dekat dia. Nak kata patah hati, patah hati juga la. Saya sejenis yang tak mahu tunggu. Kalau dia tak masuk meminang tak ada la."
Tambah Lydia, kalau diikutkan dia mahu mendirikan rumah tangga dengan Tyzo. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian memandangkan hubungan mereka lebih ke arah kawan dan rakan perniagaan.
"Bila saya patah hati, dia telefon ajak untuk jadi kawan. Saya merajuk dan tak balas kiriman Whatsapp dia pada masa itu. Tapi bila fikri balik, saya kena jawab panggilan dia. Sedih masa itu. Saya tak pandai nak kawan biasa dengan lelaki. Saya nak kawan yang betul-betul ke arah yang serius."
Disoal sama ada akan berasa kekok ataupun tidak jika berjumpa dengan Tyzo selepas ini, Lydia menjawab tidak.
"Saya tak rasa kekok sebab kami dah anggap sebagai kawan. Kami masih jumpa, cuma orang ingat kami masih lagi bercinta. Contoh, saya teman dia ke majlis kedai Rosyam Nor dan ada orang tanya kami masih bercinta ke? Tyzo dah bagi penjelasan masa itu yang kami sekadar kawan dan buat bisnes bersama."
"Selama saya berkawan dengan Tyzo, tak pernah ada orang tanya soalan seperti itu. Itu kali pertama."
Ditanya pula mengenai ‘friendzone’, kakak kepada Kak KM ini berkata, dia tidak pernah anggap Tyzo mempermainkan dirinya.
"Ramai komen negatif dekat saya. Pada masa yang sama ada yang sokong juga. Saya ingat, ada yang kata saya tak tengok cermin. Netizen kata Tyzo suka bagi harapan dan kesian dengan mak cik itu (saya)."
OhBulan! sempat bertanya kepada Lydia mengenai kriteria istimewa yang ada pada diri Tyzo sehingga dia jatuh cinta. Jelas Lydia, Tyzo seorang lelaki yang sangat baik dan pandai menjaga batas dalam perhubungan.
"Tyzo seorang yang baik. Saya tak pernah jumpa lelaki yang tak boleh pegang-pegang. Tak pernah jumpa lelaki yang macam dia. Dia kata nak pegang tunggu halal. Pegang tangan ye jangan salah faham. Dia tak biasa macam itu semua. Dia siap pesan dekat saya, kalau buat macam itu ramai yang akan pergi."
Mungkin dia rasa tak selesa dan segan. Kalau saya pegang tangan dia semasa keluar, balik rumah dia akan tegur.
Di akhir temu bual, Lydia memberitahu hatinya sudah tertutup buat Tyzo pada masa ini.
"Saya dah tak mengharapkan apa-apa dari dia. Hati tertutup. Kalau dia bagi cincin masa itu, mungkin saya akan terus kahwin. Saya rasa berbunga sangat.
"Sekarang kalau, kena fikir balik. Bukan pudar rasa itu. Cuma tak tahu nak gambarkan macam mana. Mungkin kecewa atau sebaliknya. Kalau dia pandai ambil hati saya semula dan layan saya, mungkin boleh difikirkan. Tapi hubungan kami sebagai kawan memang akan kekal baik."
Sumber : OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Dah laaaa... Tyzo x nk ko ler.. Malu ler terhegeh2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab lelaki tu x nak ko..mmg la dia x nk pegang tangan...adoi..dia bukannya ustaz..rambut pun kaler |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo.. cerita cinta bertepuk sebelah tangan mmg kena jaja kat socmed ke? Makcik2 sgt nampaknya pun.. tapi haruslah baju ketat sendat padat kat dada kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tyzo tak selera kot
Tak payah perasan lah makcik oiiii
Kalau dia nak cari jodoh pun, dia check dulu family background lah makcik..
adik beradik makcik tu dah lah badan sorang2 macam
ahli gusti..perangai pulak tak semenggah terkangkang terkoyak sana sini. Kat public pun boleh terkangkang menari, mana sifat malu?
Kalau rupa tak seberapa, jagalah perangai tu..at least ada lah jugak yang sedap dipandang |
|
|
|
|
|
|
|
ada kenalan kawin dgn pak imam..masa tunang pak imam nak pegang tgn konon nak buat2 ghaso (kawan kawin lambat 40an baru nak kawin) ni tak pegang tgn maknanya memang jantan tu tak hingin la tu bg alasan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau aku x kenal dan x minat si tyzo ni, tapi rasa kesian lak sebab orang sehensem ni dikaitkan dengan mak lampir ni. Macam anak dengan mak dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols lagi tertarik ngan kisah tyzo taknak pegang tangan bukan muhrim. Rare ni. Sbb yg tak keje dlm industri kreatif pon kemain melekat cam gam. Mmg susah ek nak adjust acik tyzo? Adakah punca benti keje dulu ada unsur patah hati? |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan rambut kaler x mou pegang tangan...maksudnya dia x selera kat mokcik...wlpon baju mokcik sendat cam budak darjah 5... |
|
|
|
|
|
|
|
jadinya sebelum ni selalu pegang tangan laki la.bila tejo tak nak kira rare? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu family tak bermoral sape nakk masuk kecuali diri sdiri pon x bermoral blh la join family kilometer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannn. Tyzo pun tak hingin nak pegang. Maksudnya bukan taste heols la tu. Kalau btl lelaki tu serius, dah lama buat bini. Titik |
|
|
|
|
|
|
|
xleh pegang ke xnk pegang? [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Heran mana lah dia dapat skill konfiden dan muka tebal 40 inci |
|
|
|
|
|
|
|
Yer yer jer dh tertutup hati skg.. Klu tyzo tiber ajak kawin mau melompat xjejak tanah ko acikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhh..jujur ya dia ni..kesian plak
Dia meluah ni macam anak2 muda je takda segan2 ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlu aku ada kwn yg jenis taknak pegang2 pompuan. Hujung2 dia gay |
|
|
|
|
|
|
| |
|