View: 32966|Reply: 83
|
Cekik, Ugut, Tolak Isteri Ke Dalam Gaung Di Gerik, Lelaki Ditahan Kerana Cubaan Bunuh
[Copy link]
|
|
Gerik: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai cuba membunuh isterinya dengan cara menolak hingga jatuh gaung dalam kejadian berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata maklumat kejadian diterima jam 2 petang pada hari sama melalui panggilan telefon oleh orang awam yang memaklumkan penemuan mangsa berusia 32 tahun yang didapati keseorangan selain mengalami kecederaan di kawasan itu.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 39 tahun yang juga suami mangsa membawanya dari ibu kota menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung kira-kira jam 5. 30 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, bagaimanapun sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka yang turut membawa kepada mangsa dikasari selain diugut bunuh oleh suaminya itu.
"Sepanjang perjalanan, pertengkaran mulut berlaku antara mereka. Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindakmengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.
"Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.
"Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan.
Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya lagi, siasatan lanjut mendapati mangsa bertindak menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai oleh orang awam yang lalu menghubungi polis dengan kemudiannya mangsa dibawa oleh ambulans ke Unit Kecemasan, Hospital Gerik untuk diberi rawatan awal.
"emeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini mangsa menerima rawatan di Hospital Taiping," katanya.
Katanya, suspek berjaya ditangkap pada semalam oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah kerana terdapat pembabitan suspek dalam kes yang berlaku di daerah pentadbiran IPD berkenaan.
"Suspek juga mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kesalahan Kecil; dan Kanun Keseksaan.
"Sejurus siasatan kes di Baling selesai, suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh ini," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa banyak org gile skrg ni eh? Teruk betul smpi tolak bini masuk gaung. Mmg jantan sial ni suka2 nk bunuh anak org |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh maiii
Ada few cases terjadi kat us dgn uk pasal laki bunuh bini
Depa set2 paki
Wives tu mmg nak cerai sbb kena abuse tapi tak tau camana somi tu boleh ajak depa pegi hiking
Ada sorang tu siap bwk anak baby sekali
Pastu konon amik selfie terus ditolak bini jatuh gaung
|
|
|
|
|
|
|
|
suami ambik brg ke ni..
pelik2
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca3 pastu kat ujung2 pernah ada kes dadah
So ok kita paham kenapa buat gila sampai mcm tu skali |
|
|
|
|
|
|
|
Ko mujur x mati dik..dah tau laki ko x batul x yah nk gado2 dlm kete tu.. Tggu sampai sempat Selamat dulu.. Zaman skang ramai lelaki gile.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang sungguh nak bunuh orang..makan duit haram banyak sangat ke
nasib panjang umur wife tu..harap2 takde balik lagi dekat jantan tak guna macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
syukur pnjang lg umur so bt la kputusan yg bijak nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah kak. Banyakkan bersabar.
Sebab nanti akak dah keluar spita, laki akak pujuk rayu akak balik, pasti akak terpesona dan akan memaafkeh. Balik rumah, romen2 sikit, cair.
Besok gado lagi. Gitulah cycle idop org takde harga diri dan takde harga otak, ye kak.
Yelah, org mendadih ni ayat power + jimak power.
Kalau tak, baguslah. Tapi selalu nya ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa ni acik forum ke yang namanya |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah. smoga smogi jelah... taktau nk komen ape. tp nk masuk nyemak jugak. kadg deme wanita2 ni mmg hidop dlm family sndiri yg problematic. so bila nk pilih laki/berlaki, jd gini la judgement. yg laki pening2 jugak yg dia rasa selesa nk hidop togeder, bukan la smua, sesetengah gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki taik dadah simpan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 2-8-2024 06:57 AM
Mangsa ni acik forum ke yang namanya
Siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
pukul 4-5 pagi bergaduh kt area situ..
tinggal kan jelah jantan kelepey tu kak |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Takpelah kak. Banyakkan bersab ...
Terima kasih kaka kerana telah meluahkan apa yg I ol ingin luahkan di pagi hari ini. Sesungguhnya kaka telah permudahkan kerja I ol. Exactly like what I wanted to say, kaka. Terbaik! |
|
|
|
|
|
|
|
kadang takut nak cerai sbb tau takde sape leh tolong dia. keluarga sendiri pun bermasalah.
belum lg isteri suri rumah takde kerjaya takde duit.
kawan pun tak ada.
mmg langsung tiada support system.
jabatan kebajikan wanita kna buat lebih lagi utk bantu golongan macam ni.
kt msia takde shelter utk orang teraniaya mcm yg kt US tu ke? tapi tu la bajet besar nak urus shelter. japgi jadi tempat abuse n maksiat pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu sebab perempuan kena ada income. bekerja bukan sbb nk bantu suami. dah mmg tgjwb dia. perempuan bekerja kerana harga diri. jgn maruah ko dipijak-pijak dek laki/mertua/ipar duai / masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 2-8-2024 06:57 AM
Mangsa ni acik forum ke yang namanya
Acik forum mana pulak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
haah meols pon pelik yach yg tok laki mendadih ni
payah nak tinggal.. sanggup bela. anak pulak berderet2
adakah sbb terer di atas katil, size doesn't matter?
|
|
|
|
|
|
|
|
moga2 bukan la acik porem yach..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|