View: 19378|Reply: 7
|
Zamarul Hisham Tak Berahsia Dengan Isteri, Password Bank Dan Mesej Di Instagram Pun Semua Isteri Tahu
[Copy link]
|
|
Pelakon berkarisma, Zamarul Hisham, 53, bukan saja diminati ramai kerana lakonannya yang tidak pernah mengecewakan peminat malah disisi lain, Zamarul juga seorang yang jujur dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada isterinya, Diana Rafar.
Memetik Astro Gempak, Zamarul berkata, dia tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada isterinya termasuklah nombor pin akaun bank juga semuanya diketahui Diana.
“Saya tak suka balas DM, Instagram pun kadang-kadang selang sminggu baru saya memuat naik satu hantaran.
“Isteri saya bising, kena buat posting katanya. Begitu juga dengan TikTok, dua tiga hari rancak selepas itu hilang, sebulan saya tak buka.
“Jadi kadang-kadang bila DM banyak mesej masuk, isteri saya yang baca tetapi dia tidak balas kecuali rakan-rakan terdekat.
“Kalau dia yang buka dia akan tolong balas. Saya dan isteri memang tiada rahsia. Kadang saya, kadang dia yang baca.
“Telefon bimbit saya memang bersepah, kata laluan akaun saya semua memang tak ada rahsia. Tak tahulah nak kata sebab saya based on trust,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zamarul juga turut menjelaskan dia tidak gemar membalas mesej di Instagram kerana lebih gemar memberikan tumpuan pada keluarganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa menantu zamarul, dah bercucu dah zamarul ni |
|
|
|
|
|
|
|
yang linda rafar kahwin dengan siapa eh..muka sama tak boleh nak beza |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik amik gmbr tak pegang cucu, kalau tak org ingat anak bongsu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.. Begitulah sepatutnya. Nnti kalau jadi apa2, senang pasangan nak urus sbb tak berahsia. |
|
|
|
|
|
|
|
jejai: yang linda rafar kahwin dengan ...
syed apa tah tapi macam retis under KRU jugak dulu, ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Linda Rafar kawin dgn Syed Aiman, pelakon
|
|
|
|
|
|
|
| |
|