CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18554|Reply: 0

[Johor] Sistem Parkir Digital Diperluas Ke MPKU

[Copy link]
Post time 1-8-2024 08:18 AM | Show all posts |Read mode
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Parkir PARKMAX@johor di Galeri Majlis Perbandaran Kulai. | Foto MDJ Bayu Wira



Sistem pembayaran parkir digital akan dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Ogos ini di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).


Pelaksanaan fasa satu sistem digital berkenaan akan membabitkan 3,974 lot parkir daripada 9,478 lot di 101 kawasan yang telah diwartakan seluruh Kulai.


Justeru, pemilik kenderaan boleh memuat turun aplikasi mudah alih PARKMAX@JOHOR bagi membuat pembayaran secara dalam talian, menambah tempoh masa parkir serta membuat pembayaran kompaun.


Penggunaan sistem parkir digital tersebut berupaya menangani isu pembayaran parkir di Kulai seterusnya mengurangkan kebergantungan penggunaan kupon parkir secara gores yang akan ditamatkan pada 2026.


MPKu menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua menggunakan aplikasi PARKMAX@JOHOR selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri memulakan penggunaan sistem tersebut pada 1 April lalu.


Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Parkir PARKMAX@JOHOR di Galeri Majlis Perbandaran Kulai.


Hadir sama, YBhg Mohd Fahmi Salam, Yang Dipertua MPKu dan YBhg Azmee Awang, Setiausaha MPKU.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.286889 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list