CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11920|Reply: 33

Purata Gaji Di Kuala Lumpur Paling Tinggi Di Malaysia Diikuti Oleh Selangor, Kelantan Paling Rendah - Banci Ekonomi 2023

[Copy link]
Post time 31-7-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA: Individu yang bekerja di syarikat beroperasi di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebulan lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu RM4,196, demikian mengikut penemuan Banci Ekonomi 2023.


Ia kemudiannya diikuti oleh Selangor sebanyak RM3,563 dan Pulau Pinang sebanyak RM3,496.


Ini disusuli oleh Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025) dan Putrajaya (RM2,994).


Berikutnya Johor dengan RM2,987, Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381), Perlis (RM2,253) dan Kelantan yang paling rendah (RM2,070).


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Kuala Lumpur jelas menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.


Beliau berkata, bagi Kuala Lumpur, pekerja yang menerima purata gaji sebulan tertinggi adalah yang berkerja di sektor perkhidmatan iaitu dalam aktiviti perkhidmatan telekomunikasi dengan RM9,457.


"Ia diikuti oleh pekerja dalam aktiviti pemprograman dan penyiaran RM8,629 dan perantaraan kewangan, RM6,946," katanya pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi (Be) 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, di sini, hari ini.


Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.


Mohd Uzir berkata, Selangor turut merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor perkhidmatan.


Beliau berkata, nilai gaji bulanan tertinggi dicatatkan oleh aktiviti telekomunikasi iaitu RM7,580 sebulan, diikuti oleh pekerja bagi aktiviti maklumat dan pengatucaraan komputer iaitu masing-masing merekodkan purata gaji sebulan sebanyak RM7,186 dan RM7,112.


Sementara itu, Mohd Uzir berkata, Pulau Pinang merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor pembuatan.


Katanya, purata gaji bulanan tertinggi direkodkan oleh pekerja dalam aktiviti pembuatan produk elektrik, elektronik & optikal iaitu RM4,790 sebulan.


Mohd Uzir berkata, jumlah bilangan pekerja untuk keseluruhan sektor juga mencatatkan peningkatan 1.8 peratus dengan 10 juta orang pekerja pada 2022.


Beliau berkata, mewakili lebih separuh daripada jumlah pekerja pada tahun 2022, sektor perkhidmatan mencatatkan pertambahan sebanyak 2.8 peratus dengan sejumlah 5.8 juta orang.


Tambahan pula, katanya, sektor pembuatan merekodkan 2.3 juta orang dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus.


Sebaliknya, bilangan pekerja menurun bagi sektor pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian, katanya.


Pada masa sama, jumlah gaji dan upah dibayar meningkat sebanyak 5.4 peratus setiap tahun, berjumlah RM354.9 bilion pada 2022.


Peningkatan tertinggi direkodkan oleh sektor perkhidmatan pada 6.5 peratus kepada RM204.4 bilion; diikuti dengan sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM97.2 bilion.


Oleh itu, purata gaji dan upah bagi keseluruhan sektor adalah RM3,332 pada 2022, berbanding RM2,584 pada 2015.






Sumber : Berita Harian




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:18 AM | Show all posts
Tak terkejut pun, memang dasar kerajaan Kelantan kan yg nak macam tu, tak patut kita aibkan derang tau...

https://www.malaysiakini.com/news/406072#google_vignette

Kerajaan Kelantan mengakui pembangunan negeri itu agak terkebelakang berbanding negeri lain dan ia sesuatu yang disengajakan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam menggerakkan pembangunan berbeza daripada negeri lain.

"Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat.

"Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan.

“Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:21 AM | Show all posts
Mesti piji bengang kan Kedah yg dicanang2 miskin tak duduk bottom three..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:54 AM | Show all posts
Of course la paling tinggi sebab cost of living pun tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:04 AM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 31-7-2024 11:12 AM

Kuala Lumpur (RM4,196),Selangor (RM3,563)
Pulau Pinang (RM3,496)
Labuan (RM3,491),
Melaka (RM3,115),
Sarawak (RM3,077),
Negeri Sembilan (RM3,025)
Putrajaya (RM2,994).
Johor RM2,987,
Terengganu (RM2 ,793),
Kedah (RM2,721),
Perak RM2,679),
Pahang (RM2,628),
Sabah (RM2,381),
Perlis (RM2,253)
Kelantan (RM2,070).

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:58 AM | Show all posts
kulumpo, sewa je dah la mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor rumah mahal nak mampus, tp gaji purata ciput benor..banyak hospital private kot kt situ
Keje telekomunikasi tu keje ape mahal gaji, xkan scammer kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni purata, so bukan gaji fresh grad kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya lahai purata gaji negarakuku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
KL di tahun 2024 tu patutnya dah boleh capai 6k-8k.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2024 03:04 AM
Kuala Lumpur (RM4,196),Selangor (RM3,563)
Pulau Pinang (RM3,496)
Labuan (RM3,491),

Aiols disheartened nampak Sarawak jauuuhhhhh kat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 31-7-2024 04:01 AM
Johor rumah mahal nak mampus, tp gaji purata ciput benor..banyak hospital private kot kt situ
Keje t ...

Try Sabah, darling. Johor punya property price ngan kualiti much better dari sini punya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 31-7-2024 12:42 PM
Aiols disheartened nampak Sarawak jauuuhhhhh kat atas.

Putrajaya pon bawah 3k.. kakitangan gomen banyak pon purata gaji selevel negeri2 miskin
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:12 PM | Show all posts
Samerosie replied at 31-7-2024 02:18 AM
Tak terkejut pun, memang dasar kerajaan Kelantan kan yg nak macam tu, tak patut kita aibkan derang t ...

Lepas tu ramai2 semak kat gombok, selaye, shah ale, kaje, putrajaye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:13 PM | Show all posts
marchikobonzo replied at 31-7-2024 01:12 PM
Lepas tu ramai2 semak kat gombok, selaye, shah ale, kaje, putrajaye..

memang pun.  nyemak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2024 04:53 AM
Putrajaya pon bawah 3k.. kakitangan gomen banyak pon purata gaji selevel negeri2 miskin

Kaaaannnnnnnnnnn level2 Banglaaaaaaa jaaaaaaaaaa purata gajiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Abih aku bayar fresh grad 2800 terlebih mahal ke cemana? Patut kena kasi fresh grad punya salary sekali. Zaman ni fresh grad kemain lemah gemalai buat kerja, main phone aje. Rugi bayor memahal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 03:13 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 31-7-2024 03:01 PM
Abih aku bayar fresh grad 2800 terlebih mahal ke cemana? Patut kena kasi fresh grad punya salary sek ...

ada je fresh grad yg ok2..intern i dua orang ok jah cemerlang tapi first class grad la..intern lepas dia ada yg lemau cam biasa, kena ketuk byk kali baru jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2024 10:21 AM
Mesti piji bengang kan Kedah yg dicanang2 miskin tak duduk bottom three..

Kan....dahla tak duduk bottom three, murah pulak cost of livingnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 03:27 PM | Show all posts
hanya mampu ketawa....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.209900 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list