View: 8710|Reply: 14
|
Iman Troye Dedah Pengalaman Dibesarkan Oleh Ibu-Bapa Dengan Peraturan Ketat - “Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun..."
[Copy link]
|
|
Penyanyi muda berbakat, Iman Troye, atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 22, berkongsi pengalaman dibesarkan dengan peraturan ketat yang diterapkan oleh ibu bapanya.
Antara peraturan tersebut termasuklah penggunaan telefon bimbit yang sangat terhad. Iman hanya memiliki telefon bimbit sendiri pada usia 17 tahun, dan penggunaannya dilimitkan oleh ibunya.
“Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun untuk memuat naik lagu yang saya nyanyikan dalam laman sosial tetapi itu pun kepunyaan ibu. Kemudian ketika tingkatan lima baru saya ada telefon bimbit sendiri yang juga perlu diserahkan semula kepada ibu pada waktu malam seperti disyaratkan”.
“Peraturan ini turut diikuti adik-beradik saya yang lain ketika mereka masih di bangku sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kotek Total Protection, baru-baru ini”.
Iman, anak bongsu dalam keluarganya, menyedari bahawa tindakan orang tuanya berhubung had penggunaan telefon mempunyai sebab tertentu. Selain telefon, Iman dan adik-beradiknya juga diminta mematuhi beberapa peraturan lain sejak kecil untuk memastikan mereka lebih berdisiplin.
“Dulu ada juga saya tertanya-tanya, kenapa perlu ikut jam untuk guna telefon dan kawan-kawan kena datang rumah dahulu jika mahu keluar bersama-sama. Waktu itu kita tak faham lagi, sekarang apabila tengok insiden menakutkan akibat jenayah sosial membuatkan saya lega adanya peraturan dalam kehidupan kita,” ujarnya.
Menurut Iman, seiring peningkatan usia, dia mula menyedari kepentingan peraturan yang dikenakan oleh ibu bapanya. Beliau kini melihat insiden-insiden menakutkan yang melibatkan jenayah sosial dan merasa lega kerana adanya peraturan yang telah diterapkan dalam hidupnya.
Iman juga memberi maklum balas berkenaan isu semasa yang membabitkan golongan remaja yang memberontak sehingga sanggup lari dari rumah atas alasan dikongkong keluarga.
Penyanyi lagu Nang itu berharap golongan muda tidak terbawa-bawa emosi dengan melakukan perkara yang boleh membuatkan mereka menyesal di kemudian hari.
“Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jadi memang patut kita patuhi nasihat mereka berbanding mengikut saranan individu tidak dikenali dalam laman sosial atau menerusi aplikasi lain,” ujarnya.
Sumber : Murai.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
kembar Tok Vida... hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
So. Apa motip.
Nk hbaq kata undang2 ketat so hasil dia hg berjaya dunia akhirat ka.
Lols.
Lawak la vida travel size ni.
Pncapaian xke mana.
Tny negara sebelah pun xkenal siapa imantroy |
|
|
|
|
|
|
|
Nama sebenar dia sedap la, dah kenapa guna troye tu? Sampai sekarang tak reti nak pronounce nama tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Konon urban la tu guna nama troye
13 tahun dapat HP oklatu.. normal
Takpelah disiplin sgt
Kalau disiplin betol habis sekolah baru boleh pegang hp |
|
|
|
|
|
|
|
Apparently sebab penyanyi feveret dia Troye Sivan (South African singer). Entah2 berangan nak jadi isteri dia ke apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan aku pelik la. Umur kecik lagi tapi muka dah tua, and not in a good mature women gitu. But at the same time still nampak tak matang. |
|
|
|
|
|
|
|
muka cheeky girl menurun dr emaknya..comel maknya. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi troye sivan tu gay noks. |
|
|
|
|
|
|
|
Patah hati Iman patutla menggedik tak menentu. Tapi seriously, kalu dia guna nama Iman Alisa lagi ok kot. Pakai Troye tu nampak sgt rempit/BBNU
|
|
|
|
|
|
|
|
Hak alah.
Jaga ketat2 pun, setakat ni je kejadian ko? Bahhahah aku tertawa.
Lainlah ketat2, kau dah jadi doktor pakar ke, Architect bangunan famous kat dunia ke.
Ini?? Retis???? Bahhahahhahha aku tertawa lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la lagi tu. Acik pegang tepon bila kene belajar jauh dari family jah. Nombor acik, nombor postpaid. Kawan2 kata, bapak acik kaya sebab bagi nombor postpaid. Tapi sebenarnya bapak acik boleh trace nombor2 yang acik call dari bill. Kalau bill tinggi, menjawab la acik. Telepon sapa lama2. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols penah citer kat mana entah lupa, troye tu nama dari zaman sekolah. Kalau tak silap la. Macam Zabedah jadi bedah tonggek, Zulfaqar jadi Zul fucker...so iman jadi iman troye...kenapa troye? iols tak pasti lah...watak kartun agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Saja nak bgtau, aku pegang fon time f5 |
|
|
|
|
|
|
| |
|