CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29331|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Mentos' diarah bayar Ms Puiyi RM4.3 juta

[Copy link]
Post time 29-7-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode
'Mentos' diarah bayar Ms Puiyi RM4.3 juta


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





SIEW Pui Yi menunjukkan gambar Lai Kai Jian atau lebih dikenali sebagai Mentos yang didakwa menipu hingga menyebabkan kerugian mencecah RM4.3 juta . FOTO Mikail Ong.





Georgetown: Pempengaruh, model dan pelakon, Siew Pui Yi, 25, berjaya memenangi tuntutan berjumlah RM4.3 juta terhadap bekas rakan perniagaannya, Lai Kai Jian pada, Jumaat lalu.

Mahkamah Tinggi menerusi keputusan penghakiman ingkar telah mengarahkan Lai membayar jumlah wang itu setelah dia didapati dengan curang memperdaya Pui Yi dengan alasan menjelaskan tunggakan cukaiLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam mewakili Pui Yi, K Mahendran memaklumkan, keputusan mahkamah turut memihak kepada anak guamnya dengan memberikan jumlah penuh tuntutan termasuk faedah dan kos guaman.

"Lai Kai Jian yang lebih dikenali sebagai 'Mentos' selaku defendan turut tidak memfailkan sebarang kehadiran ataupun dokumen daripada pihaknya berhubung kes yang difailkan terhadapnya.

"Kami sudah menampal notis di rumahnya, saya tidak boleh menyebut alamatnya tetapi kami sudah mematuhi prosedur mahkamah selain menghebahkannya dalam surat khabar," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pui Yi mendakwa dia memberikan wang kepada 'Mentos' secara ansuran berperingkat untuk menyelesaikan tunggakan cukai LHDN.

Namun, pempengaruh yang mempunyai 26.9 juta pengikut di Instagram itu dihalang daripada meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Disember lalu selepas disenarai hitam oleh LHDN kerana tidak membayar cukai.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan 'Mentos' ialah pada Oktober tahun lalu dan lelaki itu kini tidak dapat dihubungi selain lokasinya masih belum diketahui.

"Berikutan itu saya terlepas menghadiri empat program di Australia kerana sekatan perjalanan akibat tidak menjelaskan tunggakan cukai.

"Saya tidak dapat ke luar negara selama kira-kira tiga bulan, namun akhirnya perkara ini sudah diselesaikan dan saya sudah membayar semua tunggakan cukai LHDN," katanya.

Pelakon filem Pulau dan KL Love Story itu turut berharap orang ramai terutamanya wanita muda dapat mengambil pengajaran dalam kes seumpama itu.

"Jadi, bayar cukai anda dan jangan percayakan 'ejen cukai' sebaliknya terus berurusan dengan pihak sepatutnya," katanya.

Pada April lalu, media melaporkan Ms Puiyi memfailkan saman terhadap bekas rakan niaganya yang didakwa menipu dirinya membabitkan anggaran kerugian mencecah RM4.3 juta.

Selebriti itu mendakwa, lelaki berusia 29 tahun yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya memperdaya dirinya untuk menyerahkan wang tersebut bagi menyelesaikan tunggakan cukai LHDN, tahun lalu.



Disiarkan pada: Julai 29, 2024 @ 12:41pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.268142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list