CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12347|Reply: 0

Diserang angin ahmar, PMX beri sumbangan buat Sathiya tampung kos perubatan

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:16 AM | Show all posts |Read mode






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada pelawak veteran tersohor, Sathiya Periasamy di kediamannya baru-baru ini.


Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui, Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi selepas dimaklumkan Sathiya telah diserang penyakit angin ahmar.


“Alhamdulillah saya dimaklumkan saudara Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini sempat berbicara terkait perjalan seninya.


“Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau.


“Sebelum pulang, saudara Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihak saya bagi mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung,” katanya.


Tambah Anwar, beliau mendoakan agar pelawak veteren itu diberikan kesembuhan segera sekali gus kembali ke dunia seni tanah air.


“Semoga saudara Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan dipermudahkan urusan, sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air,” ujarnya.


Sebelum ini, Sathiya, 60, memaklumkan mengenai perkembangan terkini kesihatannya selepas lima hari terkena serangan angin ahmar ringan.


Menurut anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada masalah kesihtan tersebut.




Sumber :  Kosmo








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.079630 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list