CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52778|Reply: 9

"Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama" - Zahid masih belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang

[Copy link]
Post time 27-7-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode






JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Mengesahkan perkara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ketika ini beliau masih lagi belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil-wakil daripada parti berkenaan.


"Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka. "Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height di sini, malam tadi.


Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman; Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Jazlan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Azizul Bachok.


Ahmad Zahid turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS buat amsa ini


Namun, katanya jika pun ada pertemuan, itu dibuat secara tidak rasmi.




Pada 8 Julai lalu, Ahmad Zahid menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu kerana mendakwa kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dikhianati PAS.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, jika UMNO mahu membuat rundingan perlu dipastikan parti berkenaan berada dalam keadaan kuat terlebih dahulu.


"Kalau mahu berunding pastikan kita kuat terlebih dahulu, ini the 'art of negotiation', kalau kita lemah orang ajak berunding jangan pergi," katanya.


Dalam perkembangan yang lain, Presiden UMNO itu meletakkan keyakinan Johor akan terus menjadi deposit tetap BN berbanding di negeri lain dan banyak tugas berat serta tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam mengekalkan kedudukan berkenaan.


Timbalan Perdana Menteri itu juga yakin UMNO serta BN akan terus menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang namun dengan syarat semua pihak dalam parti tidak berpecah belah terutama di peringkat cawangan.


"Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn (Hafiz Ghazi) kekal sebagai kubu dan simpanan tetap UMNO.


"Sebagai simpanan tetap banyak tugas berat yang perlu dilakukan. Dulu Sabah simpanan tetap BN tapi kini ke laut.


"Ada beberapa negeri lagi yang menjadi simpanan tetap sebelum ini. Saya yakin jika soal penyatuan dalam kalangan kita dan soal mengembalikan semangat baharu dalam kalangan akar umbi, Insya-Allah pada PRN akan datang Johor akan tetap bawah BN dan UMNO," katanya.





Sumber : Berita Harian






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas mmg ular...abaikan jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg celaka..pembelot..jantan xguna...semoga mati kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid la orang yg paling berkepentingan dan berkeuntungan  peribadi daripada kerjasama dgn PH dalam membentuk kerajaan Madani. 47 kes berprima facie kot gila kau nak jadi pembangkang balik. Nuar ready je nak sumbatkan dia dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
"Boleh tak korang jangan kacau KAWAN BAIK SAIYA NI"-Tripleid
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022: Zahid la orang yg paling berke ...

Dia bleh jd icon BIJAK GUNA KUASA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 11:50 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 28-7-2024 11:53 AM

Woow...Mbah Zahid ini mengingatkan saya kepada sosok kharismatik Sunan Kalijaga ... salah satu tokok wali songo yang sangat dihormati oleh orang-orang jawa hingga kini ..

Jadi jika bangsa melayu mahawangsa ingin selamat .. X salahlah jika anda semua tunduk dan patuh kepada Mbah Zahid .... Sunan Walijaga versi melayu ini ....Hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa patuk siapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 03:38 PM | Show all posts
dia kena patuk ular tapi jadi TPM
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
⠀⠀⠀ replied at 6-9-2024 02:47 PM

Wtf           
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.411320 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list