CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61343|Reply: 0

[Johor] 4 suspek culik Albertine Leo tidak disambung reman

[Copy link]
Post time 27-7-2024 06:47 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Albertine Leo dibebaskan dengan jaminan polis . FOTO Arkib NSTP


Johor Bahru : Empat suspek pertama kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Tempoh tahanan reman dua suspek lelaki dan dua suspek wanita yang berusia antara 28 hingga 55 tahun selama empat hari itu tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan mengesahkan tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat suspek itu tidak disambung.

"Reman tidak disambung, Terima kasih," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, empat suspek itu akan diberikan jaminan polis sekiranya tiada keperluan untuk disambung reman.

"Untuk empat tangkapan yang direman sehingga esok (hari ini), sekiranya tiada keperluan, kita akan beri jamin polis, tetapi tertakluk kepada perkembangan semasa siasatan yang dijalankan," jelasnya.

Pada 20 Julai lalu, Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.

Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah kira-kira jam 1.30 petang, Isnin lalu, bagi membantu siasatan.

Laporan orang hilang yang dibuat kemudian diklasifikasikan semula kepada kes penculikan sebelum seorang lagi suspek wanita ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam, Selasa lalu.

Empat suspek daripada keseluruhan lima suspek yang ditahan berhubung kes itu kemudian dibenarkan ditahan reman selama empat hari bermula Selasa lalu hingga hari ini.

Suspek kelima yang ditahan jam 4.45 pagi, Selasa lalu di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor bersama dengan mangsa pula kini masih dalam tahanan reman sehingga Isnin ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.192882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list