CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11276|Reply: 0

Ustaz Don tak kecil hati kecaman netizen

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:58 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, menyifatkan apa yang menimpanya sebagai ujian dan perlu bersabar atas ketentuan-Nya.

Mengulas kehidupannya selepas terpalit dengan beberapa kontroversi yang menjejaskan reputasi, Ustaz Don berkata, perjalanan hidupnya seperti biasa.

"Alhamdulillah, saya seperti biasa. Apa yang boleh dikatakan, angin tak boleh diubah, tapi yang boleh diubah layar.

"Maksudnya, saya tak boleh ubah situasi sebab semuanya berlaku atas ketentuan Tuhan.


"Apa yang saya boleh ubah adalah cara berdepan dengan situasi. Ini adalah peluang untuk saya merancang dan mengatur semula perjalanan, sistem, rakan strategik, hala tuju dan sebagainya.

"Hidup adalah ujian. Apa yang berlaku ini juga ujian bukannya 'life sentence'.

Alhamdulillah, saya ada keluarga dan percaya doa ibu dan rakan-rakan.

"Jadilah seperti air kerana terus mengalir dan sejuk, tapi pendirian seperti 'diamond', cantik dilihat, teguh pendirian dan keras dari segi jati diri," katanya kepada BH Online.

Mengulas beberapa program dihentikan, Ustaz Don berkata, dia menghormati setiap keputusan.

"Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang berakhlak. Salah satu ciri akhlak baik ialah mentaati pemimpin. Kita juga seorang yang taat.

"Jadi, apabila mendapat arahan, mereka hanya ikut. Sebenarnya saya sendiri menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Don berharap agar masyarakat boleh membuat pertimbangan sewajarnya dengan menyelidik maklumat sebelum memberi tafsiran tanpa usul periksa.

"Dalam hidup, ada sesetengah perkara yang perlu dilakukan adalah perbandingan. Saya menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas. Ketika anda mencari maklumat mengenai saya, cari juga maklumat pihak lain.

"Ada banyak kuliah, bukan satu sahaja jadi boleh buat perbandingan," katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Don mengakui, dia tidak berkecil hati dan menganggap orang ramai yang memberikan komen dalam laman sosial tidak memahami secara terperinci mengenai kemelut melandanya.

"Saya baca semua komen dalam internet. Tidak mengapa, mereka tidak tahu. Dalam Islam juga ada berkata, pena diangkat dalam tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat, orang yang tidur sampai terjaga.

"Dalam erti kata lain, netizen tidak tahu situasi berlaku, jadi tidak mengapalah," katanya.

Pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan Ustaz Don ditangguhkan di semua agensi, institusi masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor.

Notis dikeluarkan juga memberitahu Ustaz Don tidak boleh meneruskan program ceramah atau kuliah sama ada sudah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan.

Terdahulu, Ustaz Don direhatkan dari program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena musim haji pada 5 Jun lalu berikutan tercetus isu pertikaian berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Don juga tidak lagi bersiaran untuk segmen Don Give Up, salah satu pengisian dalam slot pagi Morning Morning Suria di stesen radio Suria FM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list