CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14536|Reply: 0

[Kedah] Pemborong seleweng diesel, jual kepada kenderaan asing

[Copy link]
Post time 26-7-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Pemborong seleweng diesel, jual kepada kenderaan asing

OlehROSLINDA HASHIM

26 Julai 2024 06:38pm




Treler dengan nombor pendaftaran Thailand disita ketika cuba mengisi 1,663 liter minyak diesel.




BUKIT KAYU HITAM - Sebuah premis pemborong berlesen minyak petrol dan diesel diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana disyaki menjual bahan api tersebut kepada kenderaan asing.

Pengarah Pejabat KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam itu pada petang Rabu mendapati seorang pekerja premis tersebut sedang mengisi diesel ke dalam tangki sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing.



Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan, dianggarkan sebanyak 1,663 liter diesel sedang diisi ke dalam tangki treler bernombor plat pendaftaran Thailand.

“Sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Kubang Pasu membuat pemantauan sebelum serbuan dilakukan di premis berkenaan pada jam 5 petang Rabu.


“Hasil serbuan tersebut, kita menyita barang kawalan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM5,571.05 selain ltreler dianggarkan bernilai RM120,000.

"Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan RM125,571.05,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.


Kenderaan nombor pendaftaran Thailand sedang mengisi diesel ketika serbuan dilakukan di premis pemborong berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam pada petang Rabu.






Muhammad Nizam berkata, susulan itu, seorang lelaki tempatan dipercayai pekerja premis tersebut dan seorang lelaki warganegara Thailand masing-masing berusia 40-an ditahan untuk siasatan lanjut.




Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan dibaca bersama Peraturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Mana-mana individu jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

:Bagi syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, dan untuk kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Jelasnya lagi, kes juga boleh disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613].

“Jika disabitkan kesalahan, lesen borong yang dimiliki oleh premis boleh dibatalkan atau ditamatkan serta-merta,” katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.201345 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list